Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 24, 2011

Zuraida Kamaruddin Juga Bakal Berdepan Balasan Memfitnah


Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin bakal berdepan dengan tiga tindakan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) ekoran dakwaannya wujud ‘skrip bersumpah’ yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar dengan Program 6P.

Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehingga kini Zuraidah masih gagal membuat laporan polis bagi membuktikan dakwaannya itu.

‘‘Justeru, tiga langkah sedang dalam pertimbangan KDN iaitu sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap beliau.

‘‘KDN mungkin memilih satu antaranya tetapi tidak menolak untuk melakukan ketiga-tiganya sekali gus dengan mengambil kira tuduhan berat yang dilemparkan Ketua Wanita tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zuraidah, katanya, menuduh inisiatif kerajaan menerusi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau singkatannya Program 6P sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara.

Minggu lalu, Zuraida dipetik sebagai berkata, hasil siasatan PKR mendapati kerajaan mensyaratkan PATI supaya membaca ‘skrip bersumpah’ dengan menyatakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebahagian proses pemutihan. - Utusan Malaysia

Seorang demi seorang pemimpin parti pembangkang akan dihadapkan dengan dosa memfitnah akhirat kelak. Adakah ini yang diajar oleh Rasullullah s.a.w? Untuk mencapai kehendak hati, maka fitnah digunakan seluas luasnya?

Dimana pegangan agama mereka sehingga tergamak membuat fitnah Adakah ibubapa mereka tidak pernah mengajar mereka tentang akhlak islam? Ataupun mereka sebenarnya tahu tentang dosa fitnah tetapi sengaja menutupkan mata mempekakkan telinga hanya kerana mengikut nafsu serakah duniawi?

Semoga Allah s.w.t melindungi kita semua daripada bahaya fitnah dan orang yang membuat fitnah.

0 comments:

share2