Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengesahkan memang benar ada seorang anggota trafik terlibat menerima rasuah daripada pasangan warga Singapura semasa sekatan di lebuh raya, baru-baru ini.
Beliau berkata, berdasarkan rakaman kejadian yang tersebar melalui video itu, pihaknya sudah berjaya mengenal pasti anggota berkenaan. Katanya, anggota trafik yang bertugas di Pagoh, Johor itu kini sudah dikenakan tindakan dan dalam proses digantung kerja.
"Kita telah dapat kesan anggota 'durjana' ini dan akan ambil tindakan tegas terhadapnya. Dia kini dalam proses ditahan kerja," katanya.
0 comments:
Post a Comment