Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 24, 2011

Maahad Tahfiz Berjaya Melahirkan Modal Insan Yang Berkualiti



KUANTAN - Bersempena dengan bulan Ramadhan Al - Mubarak ini telah dimanfaatkan secukupnya oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang untuk melawat sekitar kawasan Negeri dalam sesi Majlis Khatam Al - Qur'an yang dianjurkan.

Sehingga kini, sudah lebih daripada 20 program Majlis Khatam Al - Qur'an yang telah dihadiri oleh Baginda Tuanku diserata pelusuk Negeri Pahang ini.

Tidak ketinggaan juga, Tuanku Tengku Mahkota berkenan mencemar duli dalam merasmikan Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan Dan Khatam Hafazan Al - Qur'an Maahad Tahfiz Negeri Pahang baru - baru ini.

Program penyampaian Anugerah ini adalah salah satu daripada program Ihya' Ramadhan yang telah menjadi tradisi Yayasan Pahang bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan sejak tahun 2000.

Diantara yang terkandung dalam program tersebut ialah forum Ramadhan, qiamullail, huffaz mutaqin, dan tadarus Al - Qur'an serta penyampaian sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Baginda Tuanku Tengku Mahkota didalam ucapannya menyeru agar program seumpama ini ditambah baik lagi dimasa akan datang dan berharap agar ianya dapat diadakan dikalangan belia dalam Negeri Pahang.

Sesungguhnya, titah Baginda Tuanku, keprihatinan dan perkenan DYMM Sulatan Pahang dalam acara keagamaan seumpama ini. Baginda juga turut prihtain dalam setiap perjalanan dan perkembangan syiar Islam di Negeri ini.

"Dengan sokongan dan dorongan daripada pihak pentadbiran Kerajaan Negeri, Alhamdulillah, segala yang kita harapkan ini telah dapat kita laksanakan dengan baik serta dengan keberkatan Allah S.W.T.

Ini adalah aspirasi Kerajaan yang mana kita tahu iaitu untuk membentuk setiap belia dan beliawanis satu modal insan yang berkualiti. Secara tidak lansung, tertubuhnya Maahad Tahfiz ini objektif tersebut dapat dicapai," titah baginda ketika merasmikan Program tersebut.

Dalam Majlis tersebut, YAB Menteri Besar Pahang juga telah menyerahkan wang zakat Yayasan Pahang dan Kerajaan Negeri kepada KDYTM Tengku Mahkota Pahang bagi tahun ini. Sumber - BPUN Pahang

0 comments:

share2