Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 21, 2011

Sah PDO Portal Fitnah: MB Tidak Ugut Mana-mana Wakil Rakyat!

Sekembali dari Sarawak saya menghadiri dua hari sidang Dewan Undangan Negeri. Apa yang dilaporkan oleh akhbar perdana kenyataan MB tidak seperti apa yang sebenarnya berlaku. Dalam portal 'masuk air' pembangkang: Pahang Daily Online, isu air ini telah di'spin' oleh portal berkenaan. Portal berkenaan menggambarkan MB bertindak mengugut wakil-wakil rakyat termasuk pembangkang.

Saya tidak mahu memberi link portal berkenaan di sini. Saya tidak mahu mencemarkan portal Pahang-ku yang telus ini dengan portal 'pemutar-belit'.

Saya berhak untuk mengulas kerana saya berada didalam dewan, sementara penulis Pahang Daily Online cuma memetik dari laporan suratkhabar Sinar sahaja. Sumber PDO(pedo'oh?) itu sumber yang sekunder, dan diputarbelitkan.

Apabila isu air dibangkitkan, MB memberi satu dateline kepada wakil-wakil rakyat untuk menyenaraikan kawasan mereka yang bermasalah. Wajar MB memberi dateline kerana bagaimana kerajaan akan bertindak tanpa maklumat yang tepat? Jika maklumat yang diminta tidak diberi dateline, MB tidak akan dapat menyelesaikan masalah dalam masa yang ditetapkan.

MB cuma minta kerjasama wakil-wakil rakyat dan jika ada wakil rakyat yang gagal berbuat demikian, kerajaan akan meneruskan usaha membaiki masalah air berdasar maklumat yang dikumpul. Kawasan wakil-wakil rakyat yang gagak memberi kerjasama mungkin akan ketinggalan. Ini hanya cara menyusun kerja, bukan ugutan.

Dari pemerhatian saya, seramai hanya empat wakil rakyat pembangkan - 2 DAP dan 2 PAS - tidak membawa sebarang impak pada sidang Dewan. Wakil pembangkang seperti melukut ditepi gantang, jarang berdebat dan berbahas. Rugi rakyat yang mengundi mereka.

Jadi menjawab tohmahan PDO, kenyataan MB dengan 'angkuh' mengugut wakil-wakil rakyat itu tidak benar. Saya kasihan melihat wakil rakyat PAS hingga ada yang tertidur semasa berbahas kerana kebosanan sebab hanya ada 4 saja rodong mereka.

0 comments:

share2