Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 21, 2011

KAWASAN PERINDUSTRIAN GEBENG DITUTUP!!!


Tahniah diucapkan kepada Si Fuziah 'Reaktor' ni sebab berjaya menutup periuk nasi pekerja - pekerja kilang di kawasan perindustrian Gebeng.

Disebabkan dia dan Gerakan Anti Lynas la, pekerja - pekerja kilang dikawasan tersebut kena cari makan ditempat lain.

Malah semua 28,000 orang penduduk dikawasan DUN Berserah juga turut terpaksa berpindah akibat 'kebocoran Reaktor' Fuziah sejak akhir - akhir ini.

Macam mana diorang semua tak pindah kalau dah Si Fuziah 'Reaktor' ni sibuk canang sana sini kata kawasan Gebeng ni merbahaya akibat radiasi dari kilang yang masih belum siap dibina.

Dia konon nak tunjuk hero la kat penduduk kawasan Gebeng ni dan rakan - rakan lain dalam PKR supaya diorang tak boleh kata dia tak buat kerja.

Dengan ancaman yang dia canang sana sini, secara tak lansung turut memberi kesan kepada kilang - kilang lain yang memang dah sedia ada di kawasan perindustrian tersebut.

Apa, kilang - kilang lain yang ada tu tak merbahaya ke? Takkan kilang Lynas ni sahaja yang dia nampak ancamannya? Si Fuziah ni boleh jamin ke Kilang lain tu tak bahaya?

Kenapa secara tiba - tiba sahaja Si Fuziah ni sibuk dengan Lynas? Dia kata kononnya dia dah mula kempen sejak tahun 2008. 

Tapi tak dapat sambutan sehingga berlakunya insiden di Fukushima, Jepun apabila kilang REAKTOR NUKLEAR dikawasan tersebut mengalami kebocoran akibat Tsunami.

INGAT! Fuziah sebelum ni dengan jelas menyebut REAKTOR NUKLEAR! Dia tak sebut pun kilang memproses logam nadir.

Sebab dia sebut REAKTOR NUKLEAR la, orang mula jadi panik tak tentu arah. Tapi sekarang dia dah ubah pendirian. Dia kata itu bukan reaktor, tapi ancamannya tetap sama.

Dah jelas Si Fuziah 'Reaktor' ni kantoi menipu rakyat di Gebeng dan kawasan berserah secara keseluruhannya. Hari ni dia dah tak de modal nak tipu rakyat. 

Jadi dia ubah lagi kenyataan dengan menyalahkan pemberian lesen Premis oleh MPK semata - mat untuk memburuk - burukkan Kerajaan Negeri Pahang.

Macam mana MPK nak bagi lesen Premis sedangkan bangunan tu masih belum siap dibina? Itu persoalannya sekarang.

Sudah - sudah la menipu rakyat ni. Dah nampak sangat yang Si Fuziah ni bukan nak memperjuangkan keselamatan rakyat. Ianya hanya untuk kepentingan Politik dia sahaja semata - mata. ?

Sekarang kita cabar pulak Si Fuziah Reaktor ni. Berani tak dia bagi jaminan bahawa Kilang Lynas ni merbahaya kepada penduduk di Gebeng? Dari mana sumber dia dapat? Pakar mana yang dia dah jumpa? Adakah boleh kita percaya pakar tersebut?

Macam dia cakap pasal MB Pahang hari tu tak layak nak bagi jaminan mengenai isu Lynas ni sebab MB Pahang bukan pakar dalam bidang tersebut. Habis, dia nak jamin kata Lynas tu merbahaya, dia PAKAR sangat ke dalam bidang ni?

Dah datang tempat orang, nak buat huru hara dan memporak perandakan keadaan. Lepas tu dia cabut lari. Inilah perangai puak - puak dalam PKR ni sebenarnya. Bukan orang tak tau. Dia ingat rakyat ni bodoh sangat macam dia agaknya. Ciet!!! Pigidah!!!

0 comments:

share2