Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 22, 2011

PKR di Ambang Kehancuran.

Setelah kalah teruk di Sarawak, PKR bagaikan hilang arah. Kemelut peribadi pemimpin mereka, Anwar Ibrahim juga boleh menyumbang ke arah kehancuran PKR. Walaupun penyokong setia PKR tetap tidak percaya kisah perihal moral Anwar Ibrahim, tetapi majoriti pengundi senyap mula yakin, Anwar merupakan orang dalam video yang hangat diperkatakan.

PKR sebagai parti juga telah tercalar imejnya setelah peristiwa 'baling kerusi' dan keluar beramai-ramai pengikut Anwar. Perkara ini berlaku juga dikalangan kawan-kawan Anwar yang sangat rapat dengannya dulu. Walaupun Anwar spin cerita semua mereka dibeli, tidak pernah terfikirkah dibenak kita mengapa 'hanya' ahli PKR yang dibeli.

Jika kerajaan BN mampu membeli ramai orang, mengapa tidak ada orang PAS atau DAP yang dibeli. Mengapa hanya PKR? 

Ini sudah membuktikan ada sesuatu yang tidak beres dalam parti berkenaan. Pemimpin kaya seperti Zaid Ibrahim juga telah keluar parti dan membentuk parti KITA. Takkan pemimpin kaya raya seperti Zaid itu masih berharap BN akan membelinya?

Di Pahang, seorang kuat PKR yang blognya bernama Cucu Mat Kilau juga telah keluar parti. Walaupun tidak berparti tetapi beliau masih kuat menghentam BN. Beliau juga pro DAP. Mungkin CMK akan menyertai DAP. Lepas itu akan keluar dan menyertai PAS. Keluar PAS menyertai KITA. Keluar kita akan menyertai SNAP dan semua parti yang ada dalam Malaysia ini.

Khabarnya CMK menunggu 'sesuatu' untuk menyertai UMNO. Oleh kerana MB berprinsip, dan 'sesuatu' itu tak gugur-gugur, jadi CMK terus menghentam BN. Saya tidak menjadi hairan jika PKR akan berkubur kerana penyokong PKR kebanyakannya 'jalanan' dan tidak intelek.

Dan blog Beranikan Hati memanggil beliau langau.

1 comments:

  • pahang-ku says:
    April 22, 2011 at 3:13 PM

    salam bro,
    Blog Aku Pemikir sudah dilinkkan

share2