Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 7, 2016

[KUANTAN] LAHIRKAN PELAPIS TOKOH AGAMA


Lahirkan pelapis tokoh agama


Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) kini membiayai 700 pelajar anak kelahiran negeri ini di Universiti Al-Azhar, Mesir melalui dermasiswa dalam usaha mengisi kekurangan pelapis tokoh agama.

Usaha itu juga bertujuan melahirkan lebih ramai tokoh agama dan bidang suariah dalam kalangan generasi muda.

Pegawai Hal Ehwal Ekonomi Kanan, Pejabat Saham Wakaf Muip, Izhar Ahmad berkata, Universiti Al-Azhar menjadi pilihan berikutan taraf pendidikan Islam terulung di dunia.

Menurutnya, kesemua pelajar terbabit di tempatkan di kediaman milik Muip di Kaherah.

“Permulaan dahulu Muip beli sebuah bangunan berharga RM21.2 juta untuk menempatkan pelajar tersebut dan pada tahun lepas sahaja, Muip membelanjakan RM14.8 juta untuk pembiayaan melalui dermasiswa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Surau Al-Firdaus Sekolah Kebangsaan (SK) Indera Mahkota Utama di sini, mewakili Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hasan.

Izhar berkata, bagi menampung penempatan kesemua pelajar, Muip kini dalam urusan membeli sebuah lagi bangunan yang terletak hanya kira-kira 100 meter dari universiti berkenaan.

Katanya, Muip berhasrat memperluaskan penubuhan Tabika Pintar Al-Quran untuk kanak-kanak berusia lima dan enam tahun ke seluruh negeri ini.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit akan menerima pembelajaran mengenal dan membaca al-Quran sebagai pendedahan awal.

Sementara itu, Guru Besar SK Indera Mahkota Utama, Saupi Jusoh berkata, pembinaan surau sekolah berkenaan siap pada September tahun lepas.

Katanya, pembinaan surau itu adalah hasil peruntukkan sebanyak RM200,000 daripada Jabatan Perdana Menteri dan baki RM28,000 dari sumbangan badan korporat serta orang ramai.

Menurutnya, pihak sekolah berhasrat memanfaatkan surau tersebut untuk Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) pada sebelah petang.


0 comments:

share2