Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 27, 2016

SUMBANGAN USD681 JUTA DI LULUSKAN PEMERINTAH TERTINGGI SAUDI


image


Wang sejumlah USD 681 juta (£ 479 juta) yang didepositkan di dalam akaun bank Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak oleh Arab Saudi adalah untuk membantu beliau memenangi pilihan raya pada tahun 2013, menurut sumber dari Arab Saudi.

Peguam Negara Malaysia telah membebaskan Najib dari dakwaan rasuah pada Selasa, selepas memutuskan bahawa wang itu adalah sumbangan daripada keluarga Diraja Arab Saudi.

Najib telah menafikan bahawa wang itu datang dari dana pelaburan milik negara iaitu 1MDB sepertimana dituduh WSJ. Sumber Arab berkenaan berkata sumbangan itu dibuat di tengah-tengah kebimbangan Riyadh terhadap pengaruh Ikhwanul Muslimin.

Pada ketika itu, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan salah satu parti pembangkang di Malaysia dan pengasasnya telah diilhamkan oleh Ikhwanul Muslimin, maka ia sedikit sebanyak memperlihatkan Ikhwanul Muslimin sebenarnya mempunyai banyak sokongan di Malaysia.

Pakatan pimpinan Najib bersiap sedia untuk memenangi pilihan raya tersebut, namun terdapat kekangan dari segi kewangan yang dilihat terburuk sepanjang 50 tahun penguasaan partinya. Sumbangan dana rahsia kepada Najib didakwa dibayar melalui pemindahan atas talian di antara akhir Mac 2013 dan awal April 2013, iaitu menjelang pilihan raya yang berlangsung pada 5 Mei.

Menurut sumber dari Arab Saudi yang boleh dipercayai, identitinya dirahsiakan atas permintaan, memberitahu BBC bahawa pembayaran itu mendapat kebenaran dari pihak tertinggi – pemerintah Arab Saudi ketika itu, Almarhum Raja Abdullah – dengan dana yang terdiri daripada dana peribadi Almarhum serta dana negara Arab Saudi.

Adakah sumbangan peribadi dari keluarga Diraja Arab Saudi ini sesuatu yang luar biasa? Tidak sama sekali, menurut sumber dari Arab Saudi itu, negara seperti Jordan, Maghribi, Mesir dan Sudan juga pernah mendapat sumbangan berjuta-juta Dolar dari keluarga Diraja tersebut.

“Tiada apa yang luar biasa mengenai sumbangan ini kepada Malaysia,” katanya. “Ianya serupa dengan beberapa transaksi yang pernah dibuat oleh Arab Saudi kepada beberapa negara yang lain.”
Arab Saudi bertindak pantas dalam usaha membantu penggulingan kepimpinan Morsi di Mesir, berbilion dolar disalurkan dalam bentuk bantuan serta sumbangan kepada kerajaan pimpinan tentera tersebut.

Jordan telah mendapat bantuan lebih daripada $ 1 bilion dari Arab Saudi melalui dana pembangunannya, manakala Riyadh telah mendepositkan lebih daripada $ 1 bilion ke Central Bank of Sudan dan telah menandatangani perjanjian untuk membiayai empangan di Sungai Nil. Maghribi pula telah disediakan dengan minyak, pembiayaan, pelaburan dan peluang pekerjaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Walau bagaimanapun, masih menjadi buah persoalan mengenai kerahsiaan dan proses pemindahan dana tersebut, malah tindakan Perdana Menteri Malaysia memulangkan semula 91% dari jumlah sumbangan, 4 bulan selepas menerimanya dan hanya membelanjaka sebanyak $ 61 juta.


0 comments:

share2