Akhirnya mahkamah rayuan putuskan tetap dengan keputusan awal. 5 Tahun penjara untuk Anwar atas sabit kesalahan meliwat Saiful Bukhari. Pendakwa minta ditambah kepada 20 tahun. Pembela pula minta dikurangkan.
Tok Awang patuh kepada keputusan mahkamah kerana merekalah yang lebih arif dan mereka juga yang menanggung bebanan atas tanggungjawab mereka. Bukan senang menjatuhkan hukuman.
Apa pun yang penting adalah Anwar didapati bersalah tanpa sebarang keraguan. Bukan sahaja dipihak pendakwa bahkan dipihak pembela juga. Mereka semua bersetuju bahawa Anwar telah bersalah melakukan persetubuhan diluar tabie, yakni meliwat.
Puak-puak yang taksub sama ada kerana menyokong membabi-buta atau pun kerana menerima habuan tetaplah tidak berpuashati. Mereka menuduh hakim tidak melakukan sesuatu yang betul. Bagi mereka jika Anwar dipersalahkan maka ianya adalah tindakan yang salah. Mereka ingin hakim membuat keputusan sebagaimana kehendak mereka.
Tok Awang tak kisah sangat dengan penyokong DAP dan PKR kerena bagi mereka matlamat menghalalkan cara, tetapi Tok Awang kisahkan tentang penyokong Pas yang kononnya perjuangkan Islam tetapi lebih memilih bersekongkol dengan Anwar dan menolak kehendak Islam sebenar.
Tok Awang tergelak bila mengenangkan lebai-lebai Pas yang sanggup berbaring ditengah jalan suatu ketika dulu kerana menunjukkan bantahan. Rupanya ada juga pak lebai yang sebenarnya bebal.
Tok Awang Selampit.
0 comments:
Post a Comment