Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 11, 2015

JERANTUT : GALERI MAT KILAU BAKAL TARIK PENCINTA SEJARAH



Sebuah galeri bagi memperingati tokoh pejuang Melayu Pahang, Mat Kilau telah dibina oleh Majlis Daerah Jerantut bersebelahan Pusat Khidmat Masyarakat Adun Pulau Tawar. Galeri ini dijangka akan dibuka tidak lama lagi apabila pengisiannya sudah lengkap sepenuhnya nanti.

Galeri yang mengingatkan kita dan mengimbau kembali sejarah perjuangan pahlawan Mat Kilau itu dijangka akan menjadi tarikan pelancongan serta pencinta sejarah bangsa dan tanah air. Ia juga dapat menjadi pusat rujukan kepada para pelajar bidang sejarah kelak.

Menurut Adun Pulau Tawar, Dato' Dr. Ahmad Shukri Ismail, pihaknya bercadang untuk menjemput Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsuddin, Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang bagi merasmikan galeri berkenaan nanti.

Kehadiran galeri berkenaan sangat sesuai dibina kerana dalam masa sama pengunjung juga boleh melawat makam dimana allahyarham Mat Kilau dikebumikan kerana letaknya tidak jauh antara satu sama lain.

Dijangkakan galeri ini nanti akan menambah lagi produk pelancongan di Jerantut yang berasaskan sejarah selain dari Taman Negara di Kuala Tahan  yang sudah terkenal diserata dunia sebagai destinasi eko pelancongan utama Malaysia.

Selain dari melawat Galeri dan Makam Mat Kilau di Pulau Tawar, pelancong juga akan dapat melawat ke Gua Kota Gelanggi yang tidak jauh dari situ.



0 comments:

share2