Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 11, 2015

KRONOLOGI KES LIWAT II ANWAR IBRAHIM

PROSIDING KES LIWAT 2 ANWAR IBRAHIM


Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 sebelum ini, mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi apabila memutuskan Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful seterusnya menetapkan hukuman lima tahun penjara.

12.10 pm: Peguam Sri Ram, yang mewakili Anwar, bangun minta penangguhan selama sejam untuk mendapat arahan lanjut daripada anak guamnya.

Mahkamah ditangguh sementara menunggu hukuman.

12.07 pm: Hakim berkata terdapat bukti kukuh Saiful diliwat. Rayuan terhadap sabitan itu ditolak.

11.59 am: Seorang lagi anak Anwar kelihatan kecewa sambil menundukkan kepala dan melayan telefon bimbit di tangannya.

11.45 am: Ketika penghakiman dibacakan, di ruang maya ramai mula berspekulasi bahawa Anwar mungkin bersalah.

11.40 am: Hakim berkata tiada ruang boleh berlaku kesalahan (inferiorly fallible) dalam keterangan ahli kimia.

11.31 am: Lebih sejam Arifin membacakan penghakiman kes liwat Anwar. Seorang anak Anwar kelihatan menitiskan air mata. Kesemua enam anak Anwar hadir di mahkamah.

11.38 am: Arifin terus membacakan kehakiman walaupun suaranya hampir tidak dapat didengari kerana sistem mikrofon mahkamah tiba-tiba rosak sejak 10 minit lepas.

11. 23 am: Arifin berkata, kes pendakwaan tidak pernah mengatakan sampel akan berada dalam keadaan bersih. Beliau berkata, saksi menjelaskan mungkin terdapat beberapa degradasi, tetapi ia tidak cukup besar untuk memusnahkan profil DNA itu .

11.17 am: Arifin berkata beliau tidak mendapati sebarang pelaggaran undang-undang atau pelanggaran hak perlembagaan Anwar apabila mereka menggunakan bahan dari lokapnya untuk ujian DNA.

11.03 am: Hakim menyentuh keterangan ahli kimia Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon serta bagaimana hakim perbicaraan mempunyai cukup bukti yang saling mengukuhkan antara satu sama lain.

Katanya, kes prima facie berjaya dibuktikan dan Mahkamah Rayuan bersetuju dengannya.

“Saiful bukan bersubahat dan tiada cukup bukti saling mengukuhkan untuk menyokong keterangan itu,” katanya.

11.00 am: Hakim berkata dalam Akta Keterangan, pengesahan tidak diperlukan. (Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan keterangan ahli kimia tidak mentgesahkan keterangan Saiful). Keterangan pengadu boleh dipercayai tanpa pengesahan.

10.50 am: Arifin membangkitkan keterangan mengenai pakaian berjenama Brioni. Bagi karpet yang dirampas, beliau berkata ia bukan bukti penting.

10.46 am: Berkaitan Saiful, hakim berkata pengadu berpegang teguh kepada keterangannya walaupun selepas disoal balas mendalam. Ekoran itu, kata hakim, Mahkamah Rayuan memutuskan keterangannya diterima.

10.45 am: Hakim membacakan pembelaan Anwar yang mempersoal tindakan Saiful membawa pelincir KY jelly dan dakwaan doktor Pusrawi yang objek plastik menembusi duburnya.

Hakim berkata Saiful mendakwa berlaku perhubungan seks dan pasukan pembelaan membangkitkan kenapa beliau tidak melarikan diri.

10.43 am: Hakim memberikan tumpuan pada isu kewibawaan keterangan Saiful.

10.42 am: Hakim berkata pakar-pakar, yang memberi keterangan bagi pembelaan, sampel itu masih tidak tercemar, maka Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhujah wujud keraguan munasabah pada sampel tersebut.

10.39 am: Hakim membacakan keterangan saksi pembelaan Prof David Wells dan Prof Brian Mcdonalds. Hakim berkata pakar bedah tulang belakang Dr Thomas Hoogland berpendapat Anwar tidak dapat melakukan aksi seks sebegitu kerana masalah belakang.

10.37 am: Hakim berkata Anwar memberikan kenyataan daripada kandang tertuduh yang mendakwa terdapat konspirasi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mempersoal tindakan Saiful.

10.35 am: Di luar mahkamah, kumpulan buskers kelihatan menghiburkan penyokong Anwar sambil ada yang mula mencari tempat berteduh apabila cuaca pagi semakin panas.

10.33 am: Hakim berkata Anwar ditahan dan dibekalkan dengan tuala, berus gigi dan sebotol air mineral.

Barang itu diambil oleh polis pada hari berikutnya dan sampel daripadanya diserah kepada ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

10.27 am: Selepas membacakan bagaimana Saiful dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur, di mana sampel diambil.

Hakim Arifin berkata ahli kimia menemui sel sperma daripada calitan dubur tinggi dan rendah.

Beliau juga berkata dapatan awal tiada tanda-tanda tembusan.

10.20 am: Hakim Arifin menceritakan kembali bagaimana Saiful tiba di kondominium dan bagaimana pelincir digunakan dan bagaimana duburnya ditembusi.

Hakim berkata Saiful meletakkan jawatan selepas itu dan ditemani bapa saudaranya ke Hospital Pusrawi.

10.17 am: Hakim Ariffin berkata, persetujuan tidak semestinya perlu untuk mensabitkan kesalahan. Ariffin berkata Saiful berkhidmat sebagai sukarelawan dan pembantu peribadi kepada Anwar.

10:11am: Anwar memasuki kandang saksi. Sidang mahkamah bermula.

9.58 am: Pendaftar mahkamah memberitahu prosiding akan bermula jam 10 pagi. Ketika ditanya sekali lagi perasaannya, Anwar berkata, "Saya sentiasa optimis."

9.50 am: Walaupun Saiful dikhabarkan tidak akan berada di Istana Kehakiman hari ini, kira-kira 50 orang penyokongnya kelihatan di luar kompleks mahkamah, memegang kain rentang menyokong beliau.

9.32 am: Radio perniagaan BFM melaporkan penguam Mohd Saiful Bukhari Azlan mengesahkan anak guamnya tidak akan hadir ke mahkamah hari ini.

9.05 am: Anwar tiba di mahkamah.

9.04 am: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di mahkamah bersama Nurul Izzah dan anak lelakinya.

9.00 am: Peguam pasukan pembelaan Latheefa Koya menyoal pegawai mahkamah mengapa pembantu undang-undang yang tidak direkodkan sebagai sebahagian pasukan pendakwaan dibenarkan masuk ke mahkamah. Prosiding masih belum bermula.

8.58 am: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali tiba di luar mahkamah.

8.40 am: Bekas hakim Mahkamah Persekutuan yang mengetuai pasukan pembelaan Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram berada di dalam kamar mahkamah. Beliau berjalan menggunakan tongkat, diiringi peguam Sangeet Kaur dan Eric Paulsen.

8.40 am: Sasterawan Negara A. Samad Said tiba di Istana Kehakiman

8.35 am: Penyokong Anwar mula solat hajat.

8.24 am: Pemimpin PAS masuk ke mahkamah. Kelihatan Datuk Mahfuz Omar, Khalid Samad, Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

8.22 am: Penyokong anwar mulai bergerak dari masjid menuju ke istana kehakiman‎ sambil melaungkan "reformasi" dan "bebas Anwar".

8.20 am: Bilik bicara Mahkamah Persekutuan mula dibuka untuk pemengang pas khas.

8.00 am: Peguam mula tiba di Mahkamah Persekutuan.

7.30 am: Media, orang ramai mula beratur untuk dapatkan pas masuk ke bilik bicara Mahkamah Persekutuan.

Penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula memenuhi perkarangan Istana Kehakiman untuk memberi sokongan terhadap ketua umum PKR itu berhubung dakwaan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan sejak jam 6.30 pagi tadi.

Tinjauan The Malaysian Insider mendapati, kebanyakan daripada mereka yang beragama Islam berkumpul di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya sebelum menunaikan solat Subuh berjemaah.

Difahamkan, bermula jam 8.00 pagi halangan di perkarangan bangunan mahkamah hanya akan dibuka untuk memberikan laluan kepada peguam dan pemberita yang ingin membuat liputan berhubung kes berkenaan.

Setakat jam 8.00 pagi tadi, dianggarkan sekitar 100 penyokong Anwar mulai membanjiri perkarangan kawasan mahkamah dan jumlahnya bertambah secara beransur-ansur.

Turut kelihatan seorang individu yang tidak dikenali cuba menimbulkan provokasi di kawasan tempat berkumpul penyokong Anwar, yang dikenali sebagai Hudzaifah Shubli yang mendakwa dirinya daripada pertubuhan Sahabatul Mukmin.

Hudzaifah secara tiba-tiba memberikan "ceramah" dan menyuarakan kebimbangan berlaku perkara tidak diingini sekiranya keputusan tidak memihak kepada Anwar.

Mendakwa dirinya bertindak atas inisiatif sendiri, atas "parti politik Barisan Islam Malaysia", Hudzaifah menafikan dirinya mewakili mana-mana pihak tertentu. 

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerajui gabungan yang mendapat 52% undi popular buat pertama kalinya pada pilihan raya tahun 2013, disabitkan bersalah oleh mahkamah tertinggi Malaysia hari ini.

Sebaik keputusan selesai dibacakan, Anwar memeluk isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kemudian menoleh kepada anak lelakinya yang dilihat menganggukkan kepalanya mendengar apa yang diperkatakan bapanya.

Anwar kemudiannya mencium cucu-cucunya.

"Ingat apa Tok beritahu, kamu mesti pergi sekolah," kata Anwar kepada cucunya, bibirnya bergetar. Anwar juga memeluk anak-anak perempuannya yang kesemuanya mengalirkan air mata.

Anwar terus meyakinkan keluarganya dan pemimpin Pakatan Rakyat lain yang memeluknya, mengatakan beliau dalam keadaan baik.

Beliau kedengaran memberitahu salah seorang dari mereka, "Saya dah jangka keputusan akan buruk." Ramai penyokongnya kelihatan menangis di dalam mahkamah.

Penaung Negara-ku, Datuk Ambiga Sreenevasan dilihat memujuk Dr Wan Azizah sementara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi Anwar pelukan tanda sokongan.

Mahkamah ditanggung selama sejam berikutan permohonan ketua peguam bela Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Suasana di luar mahkamah juga suram sambil ramai yang cuba menahan air mata.

Exco negeri Selangor, Elizabeth Wong, kedengaran berpesan kepada penyokong lain, "Pergilah jumpa bos."

Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria, dalam menegakkan keputusan Mahkamah Rayuan tahun lepas dan menolak rayuan sabitan berkata, terdapat bukti kukuh Anwar meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Timbalan pendakwa raya Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah akan mengemukakan supaya hukuman penjara 5 tahun atas Anwar, yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan, ditingkatkan.

Perjuangan undang-undang bekas timbalan perdana menteri itu dalam kes liwat II ini bermula 7 Ogos 2008 apabila beliau didakwa melakukan hubungan jenis luar tabii ke atas Saiful di sebuah pangsapuri di Damansara.

Mahkamah Tinggi pada Januari 2012, membebaskan Anwar, tetapi keputusan ini ditolak Mahkamah Rayuan pada Mac tahun lepas.

Kes liwat pertama terhadap Anwar pada 1998, selepas beliau dipecat dari kerajaan.

Beliau pada masa itu dituduh meliwat Azizan Abdul Razak, bekas pemandu isterinya, tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan dengan keputusan 2-1 majoriti hakim pada 2004.




0 comments:

share2