Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 8, 2014

BENTONG : KETIBAAN PASUKAN PAHANG DAN PIALA MALAYSIA DISAMBUT MERIAH



Daerah Bentong menjadi lokasi pertama bagi perarakan Piala Malaysia selepas pasukan Pahang menjadi juara selepas mengalahkan JDT pada penentuan sepakan penalti 5-3 di perlawanan akhir yang berlangsung di di Stadium Nasional, Bukit Jalil.











Orang ramai mula berkumpul untuk menanti pasukan Pahang di Dataran Bentong seawal pukul 9 pagi lagi. Kedatangan Pasukan Pahang turut disambut oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Hj Adnan Bin Haji Yaakob. Turut hadir sama adalah Exco Belia dan Sukan, YB. Dato' Mohd Johari Bin Hussain dan Exco Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri, YB. Dato' Haji Shahiruddin Bin Ab. Moin. 






Dalam ucapan yang disampaikan oleh YAB Dato' Sri Hj Adnan Bin Haji Yaakob, beliau menggalakkan anak muda untuk bersukan. Kerana profesion sukan sekarang boleh menjana pendapatan yang lumayan. Turut diingatkan kepada ibubapa pula, sekiranya anak anak berminat didalam bidang sukan, hendaklah diberikan galakkan kerana ianya merupakan aktiviti riadah yang menyihatkan.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama ahli pasukan Pahang serta juga Piala Malaysia. Ahli pasukan Pahang juga kelihatan tidak menang tangan ketika melayan peminat peminat mereka. Majlis sambutan ini berakhir kira kira jam satu tengah hari.


Sumber



0 comments:

share2