Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 8, 2014

BENTONG : KHIDMAT BANTUAN ISI BORANG BR1M




Masyarakat Felda Lurah Bilut dan sekitar yang masih keliru dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh berjumpa dengan wakil MCA kawasan terbabit bagi mendapatkan penerangan.

Pengerusi MCA Lurah Bilut, Yip Seng Lam berkata, bukan sahaja menyediakan borang, malah mereka turut memberi garisan tunjuk ajar bagi mereka untuk mengisi borang BR1M terbabit.

“Bermula sejak Isnin lalu, sekitar lebih 200 borang BR1M diisi sebaik sahaja kami membuka kaunter di Dewan Seminar Bilut, Selasa lalu.

“Kami turut membantu memberikan penerangan kaedah yang betul bagi mengisi borang terbabit dan sambutan yang diterima amat menggalakkan,” katanya.

Usaha terbabit menurutnya akan diteruskan sehingga hari terakhir borang terbabit di edar dan diisi iaitu pada 31 Disember nanti.

“Pasukan Khidmat MCA akan terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang masih keliru dan tidak tahu untuk mengisi borang terbabit.

“Usaha yang turut dibantu oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lurah Bilut ini melibatkan semua kaum yang ada di sini,” katanya.

Pada Selasa lalu, Pengerusi MCA Bahagian, Datuk Hoh Khai Mun turut turun padang memberi penerangan kepada masyarakat setempat yang mengisi borang BR1M terbabit.

Yip Seng Lam berkata, dengan usaha terbabit tidak ada masyarakat yang tersilap mengisi borang sekali gus gagal mendapatkan bantuan yang diberikan oleh kerajaan terbabit.


Sumber 


0 comments:

share2