Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 8, 2014

PASPORT DITARIK: ALVIN, ALI KINI BERSTATUS PATI


Pasport ditarik: Alvin, Ali kini berstatus Pati


Putrajaya – Jabatan Imigresen hari ini menyenarai hitam serta-merta pasport milik blogger kontroversi, Alvin Tan, 25 dan aktivis politik, Ali Abdul Jalil.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, penyenaraian itu menyebabkan pasport yang dipegang oleh individu tersebut terbatal secara automatik.

"Imigresen akan menghantar surat rasmi ke alamat terakhir mereka selewat-lewatnya esok," katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

Menurutnya, Alvin dan Ali adalah pendatang asing tanpa izin (Pati) di negara persembunyian mereka iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Sweden.

"Sekiranya ingin pulang ke tanah air, mereka perlu memohon Sijil Perakuan Cemas di kedutaan Malaysia di negara persembunyian mereka," katanya lagi.

0 comments:

share2