Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 29, 2020

[TEMERLOH] KERJASAMA ERAT KERAJAAN NEGERI DAN JKKK DEMI KEBAIKAN RAKYAT PAHANG






YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang yang juga ADUN Kerdau mewakili YAB Menteri Besar Pahang menyampaikan watikah perlantikan Pengerusi JKKK Dun Kerdau dan Jenderak serta menyampaian peruntukkan RM5,000 dari Kerajaan Negeri untuk setiap JKKK.

Program yang diuruskan Pejabat Daerah Temerloh ini melibatkan hampir 40 JKKK dan dihadiri ramai penduduk kampung.

Penubuhan JKKK ini semula adalah ekoran daripada tindakan Kerajaan Persekutuan menarik diri dari meneruskan MPKK yang telah mereka sendiri cadang dan laksanakan.

Kerajaan pusat telah menubuhkan MPKKP yang dilihat bukan sahaja menafikan kewujudan suara masyarakat akar umbi yang telah sekian lama hidup bersama malah ini satu lagi usaha untuk memecah belahkan masyarakat penduduk kampung dan bakal mengundang persengketaan.

Oleh itu, YAB Menteri Besar telah membuat satu resolusi yang diterima sebulat suara oleh kesemua ahli Exco Kerajaan Negeri bagi meneruskan tradisi yang sedia ada (iaitu JKKK) dan Kerajaan Negeri bersedia mengambil tangungjawab bagi menangung elaun Penggerusi JKKK serta perbelanjaan aktiviti dan progrem yang sesuai dengan keupayaan Kerajaan Negeri.


0 comments:

share2