Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 29, 2020

[JERANTUT] MB PAHANG PEMIMPIN MESRA RAKYAT


Jerantut,  29 Januari 2020 - Hari ini Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bermesyuarat di Pejabat Tanah dan Daerah Jerantut.  Dalam masa sama YAB Menteri Besar Pahang mengadakan lawatan kerja ke daerah Jerantut. 

Pagi tadi YAB menteri Besar bersama-sama sebahagian Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersarapan di kedai makan 'Makan-Makan' berhadapan pasar besar Jerantut.

YAB Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail melapangkan waktunya bersarapan sambil berbual-bual ringkas dengan pelanggan yang bersarapan di kedai berkenaan. 

Menteri Besar juga tidak menghampakan harapan mereka yang ingin bersuafoto dengan beliau dalam masa sama mempamirkan keperibadian sebenar sebagai pemimpin berjiwa rakyat.

Petang nanti Menteri Besar dijadualkan menyampaikan watikah kepada JKKK daerah Jerantut di Dewan Majlis Daerah Jerantut.

0 comments:

share2