PEKAN: 4.11.2019:
Kerajaan Negeri tidak lagi akan meluluskan pajakan melombong yang baharu di
sekitar Tasik Chini di sini.
YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan
Ismail berkata, pada Mac lalu, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersetuju untuk
melaksanakan cadangan kewujudan dasar khas bagi perlombongan di sekitar tasik
itu.
"Kerajaan Negeri telah bersetuju mewartakan kawasan
seluas 4,497.25 hektar kawasan di Tasik Chini sebagai hutan simpan kekal.
"Kewujudan dasar khas ini, Kerajaan Negeri tidak lagi
akan meluluskan pajakan melombong yang baharu di sekitar Tasik Chini, "
katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis
Perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia dan Hari Hutan Antarabangsa
Peringkat Negeri Pahang di Pantai Air Leleh di sini hari ini.
Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang, YB.
Dato' Sri Haji Ishak Haji Muhamad; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan
Perumahan Negeri Pahang, YB. Encik Abd Rahim Muda dan barisan EXCO Kerajaan Negeri
Pahang.
Beliau berkata, MMK juga bersetuju untuk mewartakan kawasan
hutan seluas 2,289.62 hektar di Cameron Highlands sebagai hutan taman negeri di
bawah Seksyen 10(1) Akta Perhutanan Negara 1984.
"Ianya menjadikan hutan taman negeri yang yang kedua di
negeri ini selain Hutan Simpan Taman Negeri Endau Rompin yang berkeluasan
31,979 yang diwartakan pada tahun 2000," katanya.
Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP).
SUMBER:
#kerajaannegeripahang
#ukomp
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
0 comments:
Post a Comment