Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 25, 2019

UMNO TIDAK PERNAH RASIS... SENTIASA AMAL TOLERANSI - ANNUAR






Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Islam sama sekali tidak mengajar penganutnya untuk bersikap rasis dan kerana sikap toleransi orang Islam jugalah maka semua bangsa boleh berada dalam Parlimen.

Jelas beliau, sekiranya orang Melayu Islam tidak mengamalkan sikap toleransi, mana mungkin ada wakil rakyat daripada bangsa lain selain daripada Melayu Islam.

“Kalau kita dulu tidak berpegang kepada ajaran Islam untuk bertoleransi, minta maaf saya cakap barangkali Nga Kor Ming tidak boleh menjadi wakil rakyat. Dia boleh jadi penduduk tetapi tapi tidak boleh jadi wakil rakyat sebab nak jadi wakil rakyat kena ada warganegara, kena ada IC biru… tidak boleh jadi wakil rakyat maka tidak boleh jadi calon, tidak boleh jadi Speaker.

“… tapi ada juga yang bangun dalam Parlimen bertanya apa UMNO buat selama 60 tahun memerintah… masya-Allah… antara kerja UMNO ialah menjadikan kamu boleh berada dalam Dewan ini, menjadikan Parlimen ada berbagai-bagai kaum… kenapa? Kerana kita ini orang Islam dan Islam mengajar untuk bertolak-ansur dan tidak boleh mengamalkan perkauman.

“Orang Islam tidak diajar rasis sebab itu kita marah sangat bila ada wakil rakyat Dap yang menyamakan kerjasama UMNO dan PAS ibarat Taliban. Tidak tahulah apa yang dia faham dengan Taliban tetapi bahasanya itu biadap,” ujar beliau ketika berucap di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Seliau, semalam.

Tambah Annuar, orang yang mengeluarkan kenyataan kerjasama UMNO dan PAS ibarat Taliban adalah orang yang sama yang menggunakan perkataan ‘mampus’ terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini malah individu tersebut turut mengakui hanya mempergunakan Tun Mahathir demi kepentingan politik mereka.

“Katanya mereka ambil Tun sebagai kuda tunggangan untuk nak mengalahkan Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan harap Tun tidak ‘mampus’ dan selepas itu baru cakap ‘babai my love’… orang yang sama… maknanya dalam dirinya ada rasisme, bukan benar-benar percaya kepada Tun Mahathir tetapi sokong Tun hanya kerana nak jayakan cita-cita politik mereka,” tegas beliau.

Selain itu Annuar turut mengingatkan masyarakat di Rantau agar berhati-hati dengan isu yang bakal dimainkan oleh Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan datang.

“Kita kena bagi mesej bahawa orang Islam boleh tidur lena sebab dalam Islam, orang bukan Islam tidak boleh dizalimi. Ini kena faham sebab ada orang nak ‘bakar’ guna isu ini di PRK Rantau kononnya UMNO sudah bergabung dengan PAS dan ini akan mengancam orang bukan Islam. Mereka ini nak bakar semangat orang bukan Islam untuk tidak undi Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan). Inilah rasis… inilah perkauman.

“Ini cara Dap pakai… takutkan orang Cina… bukan baru ini kita masuk pilihan raya… di Rantau ini, di semua kampung terdapat orang India. Di Rantau ini juga terdapat 13 buah kuil berbanding hanya sembilan masjid. Saya ada senarai semua ini. Adakah ini menjadi masalah selama ini? Sudah tentu tidak kerana dalam Perlembagaan sudah tertulis Islam adalah agama Persekutuan sementara agama-agama lain bebas untuk diamalkan,” ujar beliau lagi.


0 comments:

share2