Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 26, 2019

TANGGUHLAH DULU PROJEK KERETA TERBANG, UTAMAKAN KEBAJIKAN PENJAWAT AWAM






Adalah tidak adil bagi Kerajaan Pakatan Harapan (PH) meminta Penjawat Awam ‘mengikat perut’ dengan alasan untuk menyelesaikan hutang negara, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Ironinya, kata beliau, dikala penjawat awam digesa mengikat perut, Kerajaan PH boleh pula nak melabur RM3.7Billion di Pakistan, memperkenalkan projek kereta terbang yang pastinya menjangkau jutaan, projek kereta Nasional Ke-3, Lapangan Terbang Kulim RM1.6Billion (walaupun jarak hanya 30km daripada Lapangan Terbang Pulau Pinang), bahkan dengan gopoh mahu mengembalikan cukai input GST sebanyak RM19Billion kepada golongan pemodal dan tauke-tauke besar walaupun kastam setakat ini hanya mengesahkan RM5 billion.

“Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merayu agar Kerajaan PH lebih bertimbang rasa dengan keluhan Penjawat Awam yang semakin hari semakin terbeban dengan keadaan ekonomi semasa.
“Lebih baik tangguh dulu projek-projek mega yang tidak berkeutamaan seperti Projek Kereta Terbang dan fokuslah kebajikan penjawat awam yang sedang merana.”

Katanya, sekali lagi naratif hutang negara RM1 trillion digunakan sedangkan Laporan Rasmi Bank Negara dan Bank Dunia menyebut hutang negara hanya sekitar RM686.8Billion hujung Tahun Disember 2017.

“Bahkan di bawah Kerajaan PHlah hutang negara sehingga hari ini mencatatkan kenaikan hutang sebanyak RM90 billion. Ini termasuklah penerbitan Bon Samurai berjumlah RM7.3Billion untuk projek-projek baru Kerajaan PH.”

Pada masa sama, katanya, duit daripada rizab Petronas telah turut dijarah Kerajaan PH sebanyak RM82 billion sejak tahun lepas sehingga hutang negara kini meningkat kepada RM858.6 billion.

“Rakyat juga pastinya ingin tahu ke mana wang-wang derma mereka berjumlah RM202 juta yang telah disalurkan ke dalam Tabung Harapan, yang awalnya dilancarkan kononnya untuk bayar hutang negara (tidak logik juga RM202 juta dikutip untuk bayar hutang tetapi pada masa sama hutang bertambah RM90 billion)

“Hakikatnya penjawat awam sudah banyak berkorban apabila bertukarnya Kerajaan baharu kepada PH. Pelbagai insentif dan manfaat yang dijanjikan oleh Barisan Nasional (BN) pada PRU14 tidak diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebagai contoh, jelasnya, Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) 1 tangga gaji pada 1 Julai 2018 iaitu kenaikan sebanyak RM80-320 sebulan telah digugurkan.

“Bermakna seorang Penjawat Awam telah terlepas dan kerugian pendapatan tambahan untuk tempoh 5 tahun antara RM4,000 ke RM19,000. Ini bukan jumlah yang kecil bagi penjawat awam bergred rendah dan sederhana.

“Ini juga bermakna tiada kenaikan gaji tahunan diumumkan semasa Bajet 2019. Sebaliknya Kerajaan PH hanya mengganjarkan Penjawat Awam Gred Jawatan 41 dan ke bawah dengan Bayaran Khas Aidilfitri pada Julai 2018 sebanyak RM400 dan pesara sebanyak RM200. Malah jika dihitung penjawat awam terpaksa ‘menghalalkan’ pengurangan RM100 dan pesara RM50 daripada yang sepatutnya mereka terima di bawah Kerajaan BN.

“Sama keadaan dengan Bayaran Insentif Khas bagi Penjawat Awam Gred Jawatan 54 dan ke bawah yang dibayar hanya RM500, sekali lagi penjawat awam ‘mengorbankan’ baki RM500 yang sepatut mereka terima di bawah Kerajaan BN.”

Bidasnya, ini tidak termasuk peluang-peluang biasiswa dan kursus-kursus pendek yang tidak ada nilai tambah kepada penjawat awam, walhal peluang sedemikian telah menjadi kelaziman dan keperluan bagi seseorang penjawat awam yang ingin meningkatkan peluang kerjaya dan kompetensi diri mereka.


0 comments:

share2