Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah melahirkan rasa kecewa dengan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini yang seolah-olah masih terkial-kial untuk mencari penyelesaian terbaik terutama janji mereka untuk mewujudkan peluang pekerjaan.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO seterusnya berkata satu juta peluang pekerjaan yang dijanjikan menerusi manifesto mereka sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu seolah-olah belum nampak sinarnya.
“Malahan baru-baru ini di Dewan Rakyat, saya kecewa dengan jawapan YB menteri apabila saya memohon dalam satu juta peluang pekerjaan yang dijanjikan di bawah manifesto Pakatan Harapan (PH), bagaimana kuota yang diperuntukkan untuk anak muda.
“Saya tidak nampak pihak kementerian bersungguh-sungguh untuk melihat kepentingan anak muda… walaupun kita tahu anak muda pendidik masa depan dan ini adalah kegagalan kepimpinan yang dibuat menerusi tenaga manusia,” katanya kepada UMNO-Online.
Shahar seterusnya menambah sekiranya janji-janji berkenaan tidak dilaksanakan pada tahun ini ataupun pada awal tahun depan, nampaknya golongan berkenaan sekali lagi ditipu..
“Apabila celahan kepada menteri kewangan seolah-olahnya memberi harapan baru kepada anak-anak muda akan wujud bantuan selanjutnya atau bayaran selanjutnya dengan mengatakan apa yang diperuntukkan RM100 untuk anak muda itu merupakan bayaran awalan.
“Saya nampak ini semua janji-janji ingin melihat kepada anak muda dan saya yakin sekiranya ia tidak dibuat pada tahun ini ataupun suku tahun kedua ia merupakan sekali lagi anak muda ditipu.
“Saya harap kerajaan hari ini harus memikirkan kebajikan dan masa depan anak-anak muda kita. Sehingga ke hari ini, nampaknya dilihat mereka tidak bersungguh-sungguh untuk melaksanakan manifesto. Mereka hanya mahu popular dengan menabur segala janji-janji tetapi kebersungguhan mereka tidak nampak,” tegasnya.
Tambahnya lagi, jelas PH hanya mampu menjadi kerajaan kakitokrasi dan gagal untuk memimpin kerana mereka mempunyai aturan pentadbiran yang amat teruk.
0 comments:
Post a Comment