ADUN Semenyih Zakaria Hanafi amat menghargai sokongan jentera dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu hingga menobatkan beliau sebagai wakil rakyat tempatan lantas mengajak jentera untuk meneruskan kesinambungan kejayaan Barisan Nasional (BN) untuk PRK Rantau nanti.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua jentera UMNO dan PAS semasa PRKSemenyih baru-baru ini,” katanya.
Zakaria berkata semangat yang jitu juga menjadi contoh untuk meneruskan PRK Rantau yang akan datang.
“Semangat ini sebagai landasan kita untuk menjadikan ‘role model’ kepimpinan peringkat negeri mahupun negara untuk merampas semula Malaysia.
“Kita bukan bercakap kosong dan bukan kita berjanji macam Pakatan Harapan (PH),” katanya ketika majlis meraikan jentera BN dan PAS, malam tadi.
Katanya, apa yang dapat dilihat kini selama BN memerintah ‘track record’ kerajaan terdahulu cukup terbukti dan tidak pernah meminggirkan rakyatnya.
“Rekod terbukti dengan kebanyakkan rakyat yang kita lihat terdapat banyak kegelisahan dan kegusaran semasa PH memerintah sekarang ini yang mengabaikan agama, bangsa dan negara.
“Perpaduan dan kerjasama yang begitu cantik merupakan satu gandingan perpaduan untuk UMNO, PAS dan komponen BN.”
Katanya, apa yang pasti kekuatan ini telah menampakkan kekhuatiran PH selama ini kerana keyakinan kerjasama UMNO dan PAS ini bertambah semakin erat.
0 comments:
Post a Comment