Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 14, 2018

[ROMPIN] MASYARAKAT CINA TETAP DIBERI PERHATIAN



Masyarakat Cina tetap diberi perhatian



Kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada masyarakat Masyarakat Cina di daerah.

Adun Tioman, Dato' Sri Mohd Johari Hussain, berkata, walaupun minoriti, namun kelebihannya seperti kaum lain.

Menurutnya, paling penting semua kaum dapat hidup harmoni bersama membangunkan daerah ini agar nikmatnya dirasai semua.

"Kita tidak pernah meminggirkan kaum Cina sebaliknya perhatian penuh tetap diberikan kepada mereka walaupun jumlahnya minoriti.

"Justeru, kita yakin mereka akan terus memberi sokongan kepada kerajaan hasil daripada kesefahaman dan toleransi yang dibentuk," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Mengagihkan Limau Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Kepada Masyarakat Cina Tiong Hua dan pejabat agensi kerajaan di sekitar Dun Tioman, semalam.

Sebanyak 1,000 kotak limau diagihkan dalam program itu dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Beliau yang juga Exco Belia dan Sukan negeri berkata, pengagihan limau akan diteruskan kepada golongan sasaran di kawasan Tanjung Gemok dalam masa terdekat.


0 comments:

share2