Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, September 23, 2011

Nik Aziz Cabar DAP Masuk Islam?


Pas tetap akan menubuhkan sebuah negara Islam serta melaksanakan hukum hudud biarpun tidak mendapat sokongan daripada sekutunya dalam pembangkang iaitu DAP.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak kisah sekiranya DAP mahu meninggalkan pakatan pembangkang disebabkan perkara tersebut.

Pada masa sama, beliau berkata, Pas tidak perlu lagi berdialog dengan DAP kerana ia telah diadakan beberapa kali, malah pemimpin parti itu telah memahaminya.

“Berapa kali jumpa dah, DAP sudah keluar sekali masa Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dahulu, saya kata tidak apa (keluar), saya kata bye-bye, tidak apa.

“Sekarang dia (DAP) masuk balik, kalau dia keluar balik, dia punya pasallah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Himpunan Kursus Kenegaraan 2011 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, hari ini.

Nik Aziz ni baru bangun tidur ke sampai dia merepek bukan bukan. Bila nak pilihanraya je mulalah menjerit jerit menyebut Hudud Hudud. Bila habis pilihanraya, Hudud kemana, janji negara islampun hilang entah kemana. Lepas tu salahkan UMNO tak tentu pasal. Bila tiba lagi pilihanraya, menjerit lagi menyebut Hudud. Itulah rutin PAS setiap kali tiba pilihanraya.

Hari ni tunjuk langsi dengan DAP. Esok kena sergah terus menanggis berguling guling minta ampun.

1 comments:

  • Anonymous says:
    September 23, 2011 at 11:48 AM

    TEKTIK LAMA SAMPAI DAH. LAKUNAN DAH NERMULA.

share2