Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 22, 2018

[PEKAN] PELATIH JURURAWAT TERUJA MASUK KAMPUNG



Pelatih jururawat teruja masuk kampung



Dapat mendekati Orang Asli merupakan pengalaman paling bermakna buat dua pelatih jururawat Kolej Jururawat Pergigian Georgetown.

Tracy Meti, 21, dan Ampuan Mujahiddah Awang Samir, 22, berpeluang memberi khidmat kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Runchang, di sini, sempena program Tautan Kasih dan Jururawat Masuk Kampung 2018.

Bagi Tracy, dia menyifatkan ia satu peluang yang tidak boleh dilepaskan kerana dapat mengenali masyarakat itu lebih dekat selain mengaplikasikan kemahiran sedia ada.

Bagaimanapun, katanya, ia turut memberikan cabaran tersendiri dalam usaha mendekati masyarakat berkenaan terutama dalam mendidik penjagaan diri dan gigi.

"Memang sebelum ini terlibat dalam program sama di beberapa lokasi lain, tetapi setiap kampung yang dikunjungi masing-masing ada cabarannya yang tersendiri.

"Saya gembira kerana dapat bersama rakan pelatih lain dan seterusnya pertama kali datang ke sini,” kata anak jati kelahiran Sarawak itu.

Sementara Ampuan Mujahiddah pula mengakui sedikit sukar mendekati kanak-kanak berbanding golongan dewasa dan memerlukan kemahiran untuk memudahkan pemahaman mereka.

“Kena ada caranya untuk mendekati mereka tetapi saya anggap ia satu pengalaman dan cabaran yang perlu dihadapi kami,” katanya.


0 comments:

share2