Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 22, 2018

[KUANTAN] URUS TADBIR DENGAN ADIL DAN SAKSAMA



Urus tadbir dengan adil dan saksama



Ketua- ketua Jabatan diingatkan supaya menjalankan urusan pentadbiran dengan adil dan saksama.

Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob berkata, ini kerana ia sebahagian amanah yang dipertanggungjawab terhadap mereka dalam mengurus tadbir sesebuah jabatan kerajaan.

Menurutnya, sekiranya sesebuah jabatan boleh menyalurkan bantuan kepada mereka memerlukan adalah wajar perkara itu dilakukan segera.

“Kalau boleh bantu kita bantulah jika ada peruntukan ...tapi jika ada peruntukan tapi tak bantu yang memerlukan itu namanya tidak adil.

“Nak memerintah ini bukan senang..Jadi saya minta ketua jabatan adil dalam membantu rakyat memerlukan.

“Inilah amalan yang saya tekankan kepada Exco Kerajaan Negeri dan ketua jabatan dalam urusan pentadbiran,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Pahang bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Negeri di Indera Mahkota di sini, malam tadi.

Majlis tersebut dihadiri seramai 220 penjawat awam membabitkan lapan jawatan

Dalam pada itu, Adnan berkata, Jabatan di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang hadir hari ini antara yang penting dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara terus terjamin.

“Bukan hanya polis atau tentera yang jaga keselamatan, tapi semua jabatan yang berada di bawah KDN mempunyai tugas masing-masing..ramai yang tidak nampak (penting) fungsi mereka.

“Keselamatan bukan hanya pada faktor fizikal (senjata, kemahiran bertempur) dengan pihak luar tetapi juga menjaga keharmonian dan susun atur dalam negara agar tiada kekecohan atau timbul rasa tidak selesa di tanah air sendiri,” katanya.


0 comments:

share2