Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 22, 2018

JAMAL DERMA RM7 BILION UNTUK BERSATU?



Jamal derma RM7 bilion untuk Bersatu?



Kuala Lumpur - Pengerusi Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Md Yunus, 'mendermakan' AS$1.8 bilion bersamaan RM7 bilion untuk tabung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerusi satu transaksi cek di ibu negara semalam.

Dengan derma itu, Jamal berkata, pihaknya berharap Bersatu akan menutup akaun khas derma yang sebelum ini diwar-warkan untuk sumbangan oleh orang ramai.

"Beliau (Tun Dr Mahathir Mohamad) kata rakyat terbeban dengan ekonomi sekarang tapi dia minta derma. Jadi lepas ni bubar saja akaun ini tak payah susahkan rakyat Malaysia dah sebab saya dah masukkan duit untuk biaya politik Bersatu.

"Saya pun tak tahu bagaimana akaun bank Bersatu ini boleh diwujudkan sedangkan Bersatu masih belum berdaftar. Tapi pada saya ini adalah taktik untuk mengkaburi mata pihak berkuasa kerana nanti akan ada duit lain masuk untuk Bersatu," kepada media di pekarangan Pusat Dunia Dagangan Putra (PWTC), semalam.

Sebelum ini, Mahathir yang merupakan Pengerusi Bersatu mewarwarkan kutipan derma daripada rakyat Malaysia untuk pembiayaan politik parti itu menghadapi PRU depan.

Dalam pada itu, Jamal berkata, cek itu sah sehingga tahun 2022 dan ianya simbolik terhadap pemerintahan Mahathir selama 22 tahun.

Sementara itu, Jamal turut mendakwa Mahathir memberi wang sejumlah RM1 bilion kepada parti komponen Pakatan Harapan demi mendapatkan jawatannya sekarang.

“Saya akan serah semua fail dan bukti yang ada kepada pihak berkuasa mengenai dakwaan saya ini pada masa yang sesuai,” katanya.


0 comments:

share2