Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 22, 2018

[KUANTAN] MB SOKONG CADANGAN MUBARAK WUJUDKAN INSTITUT RUKUN NEGARA



MB sokong cadangan Mubarak wujudkan Institusi Rukun Negara



Menteri Besar, Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob menyokong penuh cadangan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) supaya kerajaan mewujudkan Institut Rukun Negara bagi membina jati diri generasi muda.

Adnan berkata, penghayatan anak muda terhadap Rukun Negara semakin terhakis dan wajar di beri pemahaman secara serius.

Menurutnya, usaha perlu dilakukan agar pewaris negara ini mampu membina jati diri yang mantap seiring peredaran semasa.

“Cadangan Mubarak supaya wujud Institusi Rukun Negara adalah amat wajar dan membuktikan kita serius memartabatkan Rukun Negara dan semangat patriotisme.

“Selain itu, kita juga perlu mengambil langkah proaktif dengan menjadikan Rukun Negara sebagai salah satu kurikulum di sekolah,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Wacana Diraja : Raja ,Perlembagaan & Patriotisme anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), di sini.

Hadir sama, Presiden Mubarak, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman.

Tengku Abdullah hadir ke majlis penutupan yang disempurnakan Adnan dan menerima rumusan wacana pada program itu.

Sementara itu, Abdul Aziz melahirkan rasa terharu dengan keprihatinan Tengku Abdullah yang sanggup untuk meluangkan masa seharian pada wacana berkenaan.

“Saya kagum melihat Tuanku mendengar sendiri pandangan berkenaan institusi Diraja yang sentiasa dekat di hati,” katanya.


0 comments:

share2