Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 17, 2018

NELAYAN BEBAS: TERIMA KASIH NAJIB, JOKOWI


Nelayan bebas: Terima kasih Najib, Jokowi



Shah Alam - Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), melahirkan rasa syukur berhubung kejayaan pembebasan nelayan Malaysia tahanan Indonesia semalam.

Pengerusinya, Ahmad Rudin Hussin berkata, kejayaan itu hasil daripada rundingan berhemah antara Malaysia dan Indonesia dan rentetan hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua negara.

"Terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Jokowi Widodo," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, dalam isu itu beliau menasihatkan kepada semua nelayan supaya lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan apa jua kemungkinan terutama yang melibatkan undang-undang persempadanan. 

"Hal ini kerana melibatkan perundangan dua negara yang berbeza dan mengambil masa untuk menyelesaikannya," katanya.

Semalam seorang daripada enam nelayan Malaysia yang sedang berada dalam tahanan di Indonesia dibebaskan pada 16 Februari 2018.

Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam satu kenyataan, pembebasan Low Siang Huat adalah atas kesepakatan dicapai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo semasa Rundingan Tahunan ke-12 Malaysia-Indonesia pada November tahun lalu.

Siang Huat, 59, dari Pulau Ketam, ditahan sejak 16 Februari 2017.


0 comments:

share2