Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 17, 2018

JPJ PAHANG KELUAR 243 NOTIS


JPJ



Sebanyak 243 notis membabitkan pelbagai kesalahan telah dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang dalam Op Khas Motosikal sempena Tahun Baru Cina di Pahang semalam.

Pengarahnya Mohammad Abdullah berkata, operasi yang dijalankan serentak itu membabitkan lima lokasi di Kuantan, Muadzam Shah, Raub, Temerloh dan Jengka.

"Kesalahan paling banyak dikesan membabitkan cukai jalan iaitu sebanyak 161 kes," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam operasi yang dijalankan bersama beberapa agensi kerajaan itu, seramai 11 individu turut ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kerana didapati positif dadah.

Beliau berkata, selain itu JPJ turut melaksanakan Op Depo di terminal bas seluruh negeri ini.

Mohammad berkata, operasi itu membabitkan pemeriksaan ciri-ciri keselamatan terhadap bas serta pemandu bagi menjamin tahap keselamatanberada pada tahap yang memuaskan.

Setakat ini katanya, belum ada notis yang dikeluarkan terhadap bas ekspres dan pemandu terbabit.


0 comments:

share2