Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 21, 2017

[MARAN] 'INSYA-ALLAH KERAJAAN AKAN BERI'


'Insya-ALLAH kerajaan akan beri'


Isu mangsa banjir di Parlimen Maran terutama dalam Dun Luit, Chenor dan Kuala Sentul yang tercicir daripada menerima bantuan tidak seharusnya dipolitikkan.

Ahli Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, sebaliknya mangsa tersebut perlu dihubungi dan dibawa kepada pihak berkaitan untuk dipertimbangkan bantuan.

“Mereka bukan tercicir atau tersisih tetapi mereka tak berpindah ke pusat pemindahan. Sebab itu nama mereka ada yang tidak tersenarai meskipun mereja juga mangsa banjir. Kita akan usahakan supaya mereka juga akan mendapat bantuan sama. Insya-ALLAH kerajaan akan beri.
Advertisement

“Mangsa juga diminta tampil sama ada menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK), wakil penduduk atau pihak-pihak sepatutnya agar dapat dihubungkan ke unit bantuan.

Ismail berkata, tohmahan yang dilemparkan dan sikap batu api sesetengah pihak tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya mengeruhkan lagi keadaan.

“Sebagai wakil rakyat saya sudah berjumpa Tan Sri Shahidan Kassim. Kita akan berusaha cari peruntukan supaya mereka ini akan menerima bantuan dalam masa terdekat,” katanya.

Ismail berharap penghulu, JKKK, pemimpin tempatan hubungilah mangsa-mangsa tersebut untuk disenaraikan sebagai penerima.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu rungutan mangsa banjir yang tidak menerima bantuan tersebut baru-baru ini sedangkan seramai 710 mangsa banjir sekitar Parlimen Maran membabitkan Dun Luit, Chenor dan Kuala Sentul diberi bantuan.


0 comments:

share2