Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 20, 2017

KPAU3.0: KONVENSYEN PEMERKASAAN AGENDA UMMAH PENUH PENGISIAN - HISHAMMUDDIN




Kuala Lumpur – Naib Presiden Umno, Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 (PAU3.0) sampai kepada sasaran penuh dengan pengisian berkaitan pelbagai isu.

Menurutnya, PAU3.0 ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pemimpin kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta cendekiawan Islam termasuk belia mendapat pelbagai maklumat termasuk Bajet 2018 yang dibentang oleh Perdana Menteri, Dato'  Sri Najib Tun Razak Oktober lalu.

“Kita dalam persedian menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) dan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017 sebelum PRU oleh itu kita perlu bersiap sedia dan menyalurkan maklumat terkini kepada rakyat.

“Penerangan ini disampaikan oleh sebahagian daripada pemimpin kanan dalam barisan parti dan kabinet bagi mengangkat martabat orang Melayu dan Islam,” katanya dalam sidang media.

Hishammuddin berkata, beliau melihat pelbagai isu telah dikupas dalam konvensyen ini yang dibawa oleh Bahagian dan NGO untuk dibincang dan dihuraikan bersama.

Tambahnya lagi, beliau yakin selepas konvensyen ini pihak terbabit akan memperolehi maklumat terkini yang boleh digunapakai bagi memberi penjelasan kepada akar umbi.

“Setiap Bahagian telah menghantar usul mereka bagi dibahaskan dalam PAU awal Disember ini, namun usul yang diperbincangan dalam konvensyen ini turut diangkat,” katanya.


0 comments:

share2