Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 21, 2017

PAHANG TIDAK BERHASRAT NAIKKAN TARIF AIR


air


Kerajaan Pahang tidak berhasrat untuk menaikkan tarif air walaupun Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) menanggung defisit kira-kira RM10 juta sebulan.

Exco Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Pahang, Dato' Sri Mohd Soffi Abd Razak berkata keputusan dibuat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob yang tidak mahu rakyat terbeban dengan kenaikan tarif air itu.

Beliau menambah Paip hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM13 juta sebulan, berbanding kos operasi bulanan yang menjangkau sehingga RM23 juta yang perlu ditangggung syarikat utiliti itu.
Advertisement

"Sebanyak RM9 juta adalah diperuntukkan sebagai bayaran kepada Tenaga Nasional Berhad bagi kos bekalan elektrik untuk mengerakkan loji... belum termasuk lagi dengan kos lain yang seperti pengurusan dan bayaran gaji.

"Bagaimanapun, keprihatinan MB (Menteri Besar) telah menetapkan supaya bayaran air dikekalkan tapi perkhidmatan yang diberikan adalah baik," katanya pada Persidangan Dun Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, semalam.

Mohd Soffi menjawab soalan tambahan Dato' Khairuddin Mahmud (BN-Pulau Manis) yang ingin mendapatkan penjelasan jika benar pengguna mengalami kerugian apabila terdapat paip dipecahkan secara sengaja.


0 comments:

share2