Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 12, 2017

[KUANTAN] HAK JAGAAN SEMENTARA DIBERI KEPADA BAPA KANDUNG


Hak jagaan sementara diberi kepada bapa kandung


Mahkamah Khas bagi Kanak-kanak, di sini, memutuskan hak jagaan sementara kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui didera dengan leharnya dirantai pada tong gas, 5 Oktober lalu, diberikan selama sebulan kepada bapa kandung dan ibu tirinya yang menetap di Melaka.

Kebenaran hak jagaan tersebut di buat Pelindung Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah (JKMD) berkuatkuasa semalam.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman selepas permohonan kebenaran dilakukan Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah (JKMD), Zalina Yusoff.


0 comments:

share2