Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 1, 2015

BENTONG : MB PAHANG RASMIKAN MPB CALL CENTRE

YAB Menteri Besar Pahang menyaksikan gimik pelancaran MPB Call Centre. Turut hadir, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Bentong, Tuan Muhammad Shahid Ismail (Berbaju Hitam) dan Pegawai Pejabat Daerah Bentong,
 Dato' Azhar Arshad. 
Bertempat di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong telah berlangsungnya Majlis Meraikan Sukarelawan Daerah Bentong oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob.

Dalam acara yang dianjurkan oleh pihak Majlis Perbandaran Bentong itu, YAB Menteri Besar Pahang telah disambut dengan meriah oleh hampir 400 orang sukarelawan pelbagai kaum yang datang dari seluruh pelusuk Daerah Bentong.

Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Bentong, Tuan Mohammad Shahid bin Ismail dan juga Pegawai Pejabat Daerah Bentong, Dato' Azhar bin Haji Arshad serta Superintendan, Tuan Mohamad Mansor bin Mohd Nor.


YAB Menteri Besar Pahang menyampaikan ucapan dihadapan sukarelawan serta
pemimpin - pemimpin masyarakat dari pelbagai kaum.

Selain itu, pemimpin - pemimpin masyarakat dari pelbagai latarbelakang, termasuk NGO, Jabatan - Jabatan Kerajaan serta parti - parti Politik juga turut serta memeriahkan majlis tersebut.

Disamping itu, YAB Menteri Besar Pahang turut melancarkan Majlis Perbandaran Bentong MPB Call Centre (MPB Call Centre) yang akan menjadi pusat aduan dikalangan masyarakat setempat.

Secara amnya, MPB Call Centre itu bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada masyarakat yang tinggal disekitar Daerah Bentong bagi membuat laporan mengenai kerosakan infrastruktur seperti jalan raya, lampu jalan dan sebagainya yang berkaitan dengan Majlis Perbandaran Bentong.

Sebarang masalah dan aduan yang dialami oleh rakyat Bentong, boleh menghubungi pihak Majlis Perbandaran Bentong dengan menggunakan talian berikut:



Sumber

0 comments:

share2