Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 1, 2015

PAS PERLU SELESAIKAN SEGERA SEGALA KEMELUT


Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak


Shah Alam - Kepimpinan ulama dalam Pas boleh berakhir jika parti itu gagal menyelesaikan segera segala kemelut yang melanda sejak akhir-akhir ini.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, gerakan untuk menjatuhkan kepimpinan ulama berlaku bukan sahaja dari dalam parti itu, malah didorong faktor luar.

Menurutnya, sudah ada dakwaan yang menyatakan Muktamar Tahunan 2015 yang dijangka berlangsung Jun ini akan merubah landskap kepimpinan Pas daripada kepimpinan ulama kepada yang lebih liberal.

“Perkara ini tidak mustahil boleh berlaku kerana pada ketika ini, wujud keretakan antara Pas dan DAP. Ada beberapa perkara melibatkan dua parti ini yang bercanggah pendapat dan ideologi.

“Jalan terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan melantik pemimpin yang sehaluan dengan perjuangan PR secara keseluruhannya,” katanya, semalam.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, jika berlakunya perpecahan dalam Pas, ia akan merugikan parti tersebut dalam usaha memperjuangkan kesucian Islam.

“Pemimpin-pemimpin Pas perlu bermusyawarah dan mencari kata sepakat kerana perjuangan Pas tidak boleh terhenti separuh jalan,” katanya.

0 comments:

share2