Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 3, 2017

DR. MAHATHIR ANGGAP SIAPA SAHAJA TIDAK SEBULU SEBAGAI MUSUH - MUHAMMAD





Shah Alam - Pandangan negatif Tun Dr. Mahathir Mohamed kepada mana-mana pihak yang tidak sebulu dengannya dalam pendirian politik adalah lumrah, kerana Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tersebut hanya akan mengiktiraf seseorang itu ‘malaikat’ jika akur serta tunduk kepadanya.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd. Taib berkata, sebab itu beliau tidak sedikit pun terkesan apabila bekas Perdana Menteri yang paling lama memerintah negara tersebut memperlekehkan kemasukkan semulanya ke dalam UMNO, kerana sudah menjangkakan perkara sedemikian.


Tegas Muhammad, walaupun beliau juga boleh bertindak memperlekehkan Dr. Mahathir tetapi tidak akan berbuat demikian, kerana masih tersisa rasa hormat kepada bekas Perdana Menteri itu yang bertanggungjawab mengangkatnya sebagai Menteri Besar Selangor suatu ketika dahulu.


“Masa saya bersama-sama dengan beliau, Dr. Mahathir puji saya. Malah pernah sewaktu di Batang Kali, dia meminta saya supaya memakai baju merah seperti warna PPBM (masuk PPBM). Maknanya, Tun Mahathir ini, kalau sebelah dia semuanya malaikat, kalau menentang dia jadi musuhlah.


“Saya tidak mahu sebut (perlekehkan), saya tak mahu menentang dia sebab suatu ketika dulu dia pernah ambil saya jadi Menteri Besar, kita pun hormat dengan dia tetapi saya tinggalkan Tun Mahathir, saya pilih Melayu, saya pilih perjuangan Melayu,” katanya dalam sidang akhbar di rumahnya di sini semalam.


0 comments:

share2