Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 3, 2017

[MARAN] 600 PENDUDUK TERIMA DEKODER MYTV PERCUMA


600 penduduk terima dekoder MyTV percuma


Seramai 600 penduduk berpendapatan rendah yang menerima dekoder MyTV di daerah ini bakal menikmati sembilan siaran digital dan empat siaran radio, secara percuma.

Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Dato' Shahaniza Shamsuddin berkata, dekoder tersebut diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada kira-kira 4.2 juta penerima BR1M seluruh Malaysia.

Menurutnya, pemberian percuma ini diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu rakyat dalam penyampaian informasi sekali gus penjimatan perbelanjaan dari segi siaran televisyen berbayar.

"Dengan adanya siaran digital percuma ini sudah pasti menjimatkan perbelanjaan bayaran siaran televisyen. Rakyat dapat menikmati siaran televisyen di rumah secara digital dengan gambar lebih cantik berbanding sebelum ini.

"Ini usaha kerajaan untuk membantu rakyat agar tidak ketinggalan dari segi komunikasi dan multimedia. Meski pun dekoder ini sudah diedarkan sejak tahun lepas namun di Maran Pemancar di Bukit Senggora dan Bukit Sembilan baharu sahaja siap di negeri ini dan ia memancarkan siaran digital MyTV di seluruh Daerah Maran. Pengguna perlu pastikan mempunyai antena televisyen untuk siaran yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Dekoder MYTV Daerah Maran Tahun 2017 di Arena YAM Tengku Muda Pahang, di sini, semalam.

Hadir sama, Adun Luit, Nurhidayah Mohamad Shahaimi dan wakil Majlis Daerah serta Pejabat Tanah Maran.


0 comments:

share2