Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi antara tetamu kenamaan yang hadir meraikan majlis perkahwinan anak sulong Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin, di sini semalam.
Ketibaan Baginda disambut Mohd Sharkar dan isteri Datin' Sri Mustakizah Sulaiman serta pasangan pengantin Dr Ahmad Fawwaz dan Dr Laila Che Razali.
Majlis yang berlangsung bermula 11 pagi berakhir jam 4 petang diadakan di Dewan Tun Razak turut dihadiri Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.
Turut hadir ialah Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Lebih 10,000 tetamu hadir menikmati hidangan pada program tersebut.
0 comments:
Post a Comment