PETALING JAYA – Datuk Seri Mukhriz Mahathir diberi tempoh tujuh hari untuk menjelaskan kenyataan beliau dalam akaun Twitter pada 13 September lalu yang mengaitkan pembelian pesawat Boeing bernilai RM42 bilion sebagai ‘masyuk’.
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya bekas menteri besar itu bertindak dan cuba mengaitkannya dengan jenayah rasuah.
“Saya cabar Datuk Seri Mukhriz untuk membuktikan siapa dan apa yang dimaksudkan ‘masyuuk’ itu. Siapa yang terima rasuah? Siapa yang beri rasuah? Siapa tempah kapal terbang itu untuk dapat keuntungan dan siapa menjual dapat keuntungan?
“Jika gagal juga kami akan pergi pejabat dia, jika perlu saya akan buat laporan polis, ini secara terang menghasut dan memfitnah, ini telah menjadi tular kepada semua penyokong Pakatan Harapan,” katanya pada sidang media di pejabat di sini semalam.
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao (tengah) menunjukkan twit Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang cuba memfitnah kerajaan dalam pembelian Boeing selepas sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya, semalam.
Twit terbaru Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 13 September 2017 memberi gambaran buruk kepada usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembelian 25 pesawat Boieng 737 daripada kerajaan Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Pada Rabu lepas, Muhkriz yang juga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam twittenya menyebut ‘masa beli enam pesawat Airbus A380 dulu, masyuuk. Jual pesawat-pesawat itu pun akan masyuuk. Beli RM42 bilion pesawat Boieng pula masyuuk lagi.’
Kenyataan Mukhriz ini dibuat sebaik sahaja Najib menyatakan hasrat pembelian sebanyak 25 pesawat Boeing 737 bernilai RM42 bilion dalam pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Ramesh menegaskan Muhkriz tidak perlu bersikap bersikap kebudak-budakan dalam membuat tuduhan tidak berasas.
“Sebagai bekas menteri besar, profesional sikit, (kalau ada) rasuah, salah guna kuasa, pergilah ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kemukakan dakwaan itu dengan bukti.
“Kalau tak berani ke SPRM, kononnnya SPRM ini berat sebelah, pergi kepada portal-portal berkiblatkan pembangkang, yang boleh menghayati minda dan intipati pembangkang,” katanya.
Katanya lagi, tindakan Muhkriz itu tidak boleh diterima sedangkan Perdana Menteri sedang bertungkus-lumus mengembalikan kegemilangan Malaysia Airlines (MAS).
“Semua tahu kenapa MAS rugi, siapa punca kerugian MAS, bagaimana kerugian berlaku, sedangkan Datuk Seri Najib sedang bertungkus lumus mengembalikan era kegemilangan MAS, keluar pula kenyataan macam ini.
“Ini sesuatu yang tidak boleh diterima, bagi saya ini sesuatu yang tidak profesional langsung,” katanya lagi.
0 comments:
Post a Comment