Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 19, 2017

BNM JUAL SAHAM TNB, TM UNTUK LANGSAI HUTANG FOREX





Kuala Lumpur – Penjualan saham Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dan Telekom Malaysia Bhd. (TM) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1990 dibuat secara sulit untuk menutup kerugian pertukaran asing (forex), beritahu bekas timbalan setiausaha kewangan Kementerian Kewangan, Datuk Othman Jusoh kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), semalam.

Othman memberitahu panel lima anggota bahawa penjualan saham itu dibuat untuk menyelamatkan bank pusat bagi menampung rizab (yang mengalami kerugian berjumlah RM8.5 bilion) akan dilakukan secara sulit melalui Rashid Hussein Securities Sdn. Bhd.

Dedah Othman lagi, keputusan untuk menjual saham itu dibuat semasa mesyuarat yang diadakan pada November 1994 yang dihadiri oleh bekas setiausaha perbendaharaan, Datuk Seri Clifford Herbert, bekas Timbalan Gabenor BNM serta Ketua Audit Negara. Walau bagaimanapun, dia tidak dapat mengingat orang lain yang hadir.

Othman menambah bahawa dia tidak mengetahui siapa yang membuat keputusan itu, atau apa yang dipertimbangkan.

Pada pendengaran RCI sebelum ini, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan antara 1991 dan 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi keterangan bahawa pembelian saham saham TM dan TNB adalah untuk menghalang bank pusat daripada merosot.


0 comments:

share2