Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 25, 2017

MAHADZIR LOKMAN KRITIKAL DI PPUM


Mahadzir Lokman


Kuala Lumpur - Pengacara dan personaliti televisyen popular, Datuk Mahadzir Lokman kini berada dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Anak saudaranya, Mustaffa Khair Johari, ketika dihubungi Bernama berkata Mahadzir, 60, dibawa ke hospital awal pagi semalam setelah anggota keluarganya mendapati beliau tidak sedarkan diri.

“Pada mulanya beliau hanya mengadu sakit kepala dan kita telah beri panadol untuk dia, tetapi keadaan beliau semakin teruk dan telah tidak sedarkan diri sejak pagi tadi,” katanya.

Menurut Mustaffa, pemeriksaan awal mendapati masalah ini mungkin berpunca daripada komplikasi buah pinggang dan paru-paru.

“Sebelum ini memang kita tahu yang beliau menghidap diabetes dan darah tinggi, tetapi beliau tidak pernah sakit teruk seperti ini sebelum ini, dan ini merupakan kali pertama saya melihat beliau dalam keadaan macam ini. Mungkin faktor tekanan kerja,” katanya.

Beliau turut meminta mana-mana pihak yang mengenali Mahadzir supaya mendoakan bapa saudaranya itu dan dipermudahkan urusan ketika sedang sakit ini.


0 comments:

share2