Seorang pemilik kedai tayar dijumpai mati dalam keadaan melutut dengan leher terjerut tali di Air Putih di sini, pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Leong Moon Keong, 43, itu ditemui bersama sekeping nota yang meminta agar menghubungi kakaknya.
Menurutnya, pihak polis mendapat panggilan kira-kira jam 9.45 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan leher terjerut.
“Hasil siasatan lanjut turut menjumpai sekeping nota yang ditinggalkan mangsa meminta supaya menghubungi kakaknya sekiranya apa-apa berlaku ke atas dirinya,” katanya ketika ditemui media.
Abdul Aziz berkata, polis turut menemui tangga berhampiran mangsa.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
0 comments:
Post a Comment