Selepas empat hari hilang, seorang warga Korea Selatan ditemui selamat di Hutan berdekatan Japanese Tea Berjaya Hills Resort, di sini, semalam.
Kim Chae Won, 71, yang hilang sejak Jumaat lalu ditemui pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan hutan berkenaan pada kira-kira jam lima petang semalam.
Ketua polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata selain bekerjasama bersama pihak bomba dan pengawal keselamatan Berjaya Hills, operasi menyelamat yang masuk hari keempat turut dibantu oleh 31 orang asli tempatan bagi melancarkan operasi tersebut.
Menurutnya, pencarian dimulakan seawal jam 9.45 pagi dengan memfokuskan lebih pencarian di kawasan lereng bukit di Botanical Garden.
"Dengan hasil kesungguhan pasukan penyelamat dan orang asli tempatan, akhirnya mereka berjaya menemui mangsa pada jam tiga petang semalam.
"Jarak mangsa hilang hanyalah 1.5 kilometer daripada pusat kawalan di tempat kejadian dan mangsa telah berjaya dibawa keluar dari tempat kejadian pada jam empat petang,"katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, semalam.
Mangsa yang ditemui oleh pasukan penyelamat dalam keadaan lemah.
Mohamad Mansor berkata, mangsa telah ditemui oleh pasukan penyelamat berdekatan pinggir air dalam keadaan yang lemah.
Menurutnya, di sekitar mangsa ada buah-buahan yang dipercayai dimakan oleh mangsa.
"Pada awalnya, orang asli telah terkesan buah yang berada di atas tanah,setelah diteliti buah berkenaan bukan dari gigitan binatang dan disyaki dari gigitan mangsa.
"Pasukan penyelamat bersama orang asli membuat 'strechter' daripada kayu pokok dan menggunakan baju sebagai penggalas untuk mengangkat mangsa ke atas.
Tambahnya, keadaan mangsa dalam keadaan lemah namun stabil dan kini mangsa sedang dirawat di Hospital Bentong.
0 comments:
Post a Comment