Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 24, 2017

SEDIA FAKTA TEPAT, TANGKIS FITNAH PEMBANGKANG





Ketua cawangan UMNO digesa menjadi proaktif dalam menangkis fitnah daripada ahli parti pembangkang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka perlu bersedia dengan fakta tepat dalam berdepan tohmahan pembangkang menjelang pilihanraya umum.

Menurutnya, pembangkang dilihat semakin kerap melemparkan fitnah atau tuduhan tidak berasas dan perlu ditangani dengan hujah yang kukuh.

“Dulu mereka kata kerajaan nak jual negara melalui projek Bandar Malaysia yang dibangunkan di Sungai Besi. Bila gagal mempengaruhi rakyat dengan isu itu, mereka sebarkan pula projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) yang kononnya membabitkan kita berhutang dengan kerajaan China.

“Ini semua adalah fitnah yang tidak berasas dan kerajaan membuat pelaburan untuk rakyat. Tidak sepatutnya timbul soal ini jual negara kerana nilai pelaburan China di Malaysia ialah di tangga ke-11, jauh nak dibandingkan dengan nilai pelaburan oleh Amerika Syarikat,” kata Ahli Parlimen Bera itu.

Ismail Sabri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera berkata demikian selepas menghadiri perjumpaan khas dengan 55 Ketua cawangan di Bangunan UMNO Bahagian Bera, Rabu.


0 comments:

share2