Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 31, 2017

[KUANTAN] SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN: PAHANG 2017



Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mencemar duli pada acara Perbarisan Dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob dan Ahli Exco Pahang turut serta pada sambutan tahun ini dengan tema Negaraku Sehati Sejiwa.

Antara acara menarik pada sambutan tahun ini termasuk persembahan payung terjun  pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia dan lintas langsung dari pesawat Sukhoi TUDM.

Perarakan berjalan kaki disertai 6,566 orang dari 89 kontijen dari pelbagai agensi kerajaan dan NGO.

Sementara perarakan 364 kenderaan disertai oleh 10 kontijen.


           

Read more »

KIT SIANG TERDESAK


Kit Siang terdesak


Kota Bharu - Umno menyifatkan tindakan veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa menteri kabinet menghalang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada melakukan lawatan ke Amerika Syarikat bulan hadapan sebagai tindakan terdesak.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, pelbagai isu yang berlaku dalam Pakatan Harapan (Pakatan) termasuk suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung urus niaga forex ketika zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan DAP terpaksa mengalih isu.

“Saya fikir Kit Siang terjebak dalam situasi di mana ia menuntut RCI ditubuhkan kerana hasratnya ketika itu adalah untuk jatuhkan Mahathir yang dipertanggungjawabkan kerana kerugian.

“Bila kerajaan setuju tubuh maka terkeluar fakta yang tidak sepatut berlaku tetapi sudah berlaku, kini keris makan tuan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Karnival Usahawan Kelantan 2017 @Ketereh di sini semalam. Hadir sama Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob.

Katanya Umno bukan seperti DAP dan Pakatan yang mana mereka boleh diperkotakan katikkan dan menerima arahan daripada pemimpin DAP itu.

Beliau dalam masa yang sama turut menegaskan adalah menjadi haknya untuk mengulas fakta perbicaraan RCI Forex yang jelas merugikan negara.

“Dalam surat terbuka itu nama saya turut disebut, saya ulang adalah menjadi hak untuk update proses perbicaraan," katanya.

Annuar berkata, DAP kini cuba mempertahankan skrip yang dibuat untuk mengelirukan rakyat berhubung siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Jelasnya, tindakan DOJ adalah berdasarkan aduan awam dan belum melibatkan keputusan mahkamah.


Read more »

[BERA] 'INGAT DIA HANYA MAIN-MAIN'


‘Ingat dia hanya main-main’


Bahang Hari Kebangsaan bukan sahaja dilihat menerusi kibaran bendera Jalur Gemilang di sepanjang jalan utama dan rumah penduduk di sini, malah ada yang menzahirkan kreativiti dengan mengecat rumah bercorak Jalur Gemilang.

Mohd Rosli Saad, 55, mengambil masa hampir sebulan untuk menyiapkan kerja-kerja mengecat dinding di hadapan rumahnya dengan corak bendera Malaysia itu sebagai rasa kecintaannya kepada negara.

Isterinya, Zalina Junid, 47, berkata, tidak disangka apa yang diperkatakan suaminya itu pada awal bulan lalu benar-benar menjadi kenyataan.

“Dia (suami) ada cakap, mahu cat dinding rumah ikut corak Jalur Gemilang. Biar nampak meriah dan bersemangat menyambut merdeka tahun ini.

“Dia cakap, kalau dah siap nanti boleh selfie dan masuk Sinar Harian. Itulah yang dia cakap, saya ingat dia main-main saja,” katanya.

Bagaimanapun, suaminya keluar mengambil anak saudaranya di Perak ketika kunjungan wartawan Sinar Harian ke kediaman yang turut didiami Zalina dan ditemani anak-anaknya, Muhammad Hafizi, 18; Nur Asya Amira, 16; Muhammad Amirul Amir, 11 dan Nur Umairah Azwani, 8.

Zalina berkata, suaminya menghabiskan lebih RM100 untuk membeli cat dan bendera serta bersungguh-sungguh mengecat tanpa mengira siang atau malam.

“Kalau suami tak bekerja, masanya banyak dihabiskan di hadapan rumah dan siapkan kerja-kerja mengecat ni. Saya tengok macam rumit kerjanya, bermula dengan melakar dan melukis, termasuk memastikan setiap garisan pada jalur bendera tepat ukurannya sebelum dicat.

“Tapi, kami anak beranak memang teruja dengan apa yang diusahakan suami. Kami akan kekalkan corak ini, dan akan menambah-baik kemeriahan Hari Kebangsaan pada tahun depan dengan cara yang berbeza,” katanya.


Read more »

[JERANTUT] PEKEBUN RUGI RM65,000


Pekebun rugi RM65,000


Sebuah kebun pisang seluas tiga hektar yang hanya sekali mengeluarkan hasil sejak ditanam lebih setahun lalu musnah dalam sekelip mata selepas dipercayai diserang sekumpulan gajah.

Lebih teruk lagi apabila 460 pokok sawit yang ditanam sejak setahun enam bulan lalu hanya tinggal sebatang pokok di kebun sama yang terletak berhampiran ladang sawit milik Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP).

Pemilik kebun, Farizal Sulaiman, 31, berkata, kira-kira 25 hingga 30 ekor gajah dipercayai memasuki kebunnya sejak Jumaat lalu sehingga memusnahkan 90 peratus tanamannya selain pagar dan saluran paip air yang dibina.

“Dalam tempoh lima hari, sebanyak tiga kali kumpulan gajah liar menyerang kebun saya dan kali terakhir adalah pada malam semalam (kelmarin). Ini bermakna lebih 400 pokok sawit dan 3,000 batang pisang saya tanam selang-seli musnah.

“Hari Jumaat saya tengok adalah lebih kurang 60 pokok lagi yang tinggal. Kemudian hari Ahad mereka (gajah) datang lagi dan menyapu habis semua pokok sawit saya. Yang tinggal cuma sebatang yang sudah tidak elok,” katanya.

Farizal yang berasal dari Felda Ulu Jempul, Maran berkata, kejadian itu diketahuinya selepas dihubungi salah seorang pegawai LKPP.

“Saya juga turut dimaklumkan pekerja dan saya terus datang ke sini.

“Saya rasa sedih dan kecewa sebab sejak saya usahakan tanah ini dua tahun lalu, ini kali pertama kebun saya diserang kumpulan gajah liar” katanya.

Menurutnya, kerugian lebih RM60,000 terpaksa ditanggung apabila kira-kira 400 pokok sawit dan 3,000 batang pisang ditanam secara selang seli musnah.

“Saya anggarkan kerugian yang terpaksa ditanggung ada dalam RM65,000 dan kos ini termasuklah membina pagar, membeli anak pokok, membuat saluran paip air, meracun dan mengupah pekerja.

“Untuk membangunkan kebun ini bukanlah mudah sebab terpaksa keluarkan wang pinjaman selain dibantu ayah saya yang mengamanahkan saya untuk usahakan tanah tinggalan datuk ni,” katanya.

Farizal juga berkata, dia tidak tahu bagaimana hendak memulakan kembali tanamannya yang dibangunkan melibatkan kos yang besar itu.

“Saya amat mengharapkan bantuan dari pihak berwajib dan pemimpin setempat untuk bantu saya buat tanaman semula semua sawit di kebun saya ini.

“Jika tidak diberikan bantuan dari sudut wang, sekurang-kurangnya bantulah saya dengan memberikan anak pokok, membina pagar elektrik serta apa yang telah dimusnahkan oleh kumpulan gajah liar ini,” katanya.

Dalam pada itu kelmarin, pengguna laluan Jerantut - Maran gempar apabila sekumpulan gajah liar dilihat melewati bawah jambatan Sungai Batu Pulau Tawar berhampiran Gua Kota Gelanggi, di sini.

Kemunculan kumpulan gajah liar itu mengakibatkan beberapa pengguna jalan terbabit memberhentikan kenderaan di tepi jalan untuk melihat sendiri gajah liar.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Negeri, Ahmad Azhar Mohammed berkata, tindakan orang ramai itu meskipun tidak berbahaya kerana jarak gajah yang berada di bawah jambatan, namun ia mengakibatkan kumpulan haiwan liar yang sepatutnya dalam perjalanan kembali ke habitat asalnya berpatah balik ke kawasan kampung.

“Dalam kejadian semalam (kelmarin), laluan yang digunakan gajah liar itu sememangnya laluan mereka untuk kembali ke habitat asalnya. Namun kerana takutkan orang ramai yang melihat mereka, dua ekor gajah tertinggal dari kumpulan mengakibatkan kumpulan itu berpatah balik ke kawasan kampung.

“Ini sekali gus menyukarkan usaha kami untuk menghalau gajah itu kembali ke habitat asalnya memandangkan ia antara kaedah yang kami gunakan buat masa ini supaya mereka tidak mengganggu kawasan kampung,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Azhar berkata, Perhilitan memasang sebanyak 30 unit lampu LED berwarna biru yang menjadi teknik pertama digunakan di Pahang dan dikatakan berkesan untuk menghalau gajah.

“Ia dipasang untuk menghalau gajah dari mengganggu kawasan kampung namun kebelakangan ini kami ada terima laporan ada antara lampu LED itu hilang.

“Sekiranya ia dicuri, ia adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu tambahan pula kami terpaksa menanggung kos kehilangan meskipun lampu itu bukanlah mahal,” katanya.


Read more »

MERDEKA: 10,000 PENGUNJUNG BANJIRI BANDAR KUANTAN


Merdeka: 10,000 pengunjung banjiri bandar Kuantan


Lebih 10,000 pengunjung dari bandar Kuantan dan sekitarnya membanjiri pekarangan Jalan Mahkota sempena sambutan perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan ke-60 peringkat negeri di sini hari ini.

Venue mula dibanjiri pengunjung pelbagai lapisan kaum dan usia seawal jam 7 pagi untuk memeriahkan sambutan tersebut yang disertai 89 kontinjen agensi kerajaan,swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pelajar sekolah rendah dan menengah melibatkan 6566 peserta.

Bertemakan "Negaraku Sehati Sejiwa", sambutan tersebut menyaksikan keberangkatan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mencemar duli.

Program bermula jam 8.30 itu dimulakan dengan nyanyian "Allah Selamatkan Sultan Kami" dan pemeriksaan kawalan kehormat oleh Tengku Abdullah selain terjunan udara membabitkan 10 pegawai daripada Pasukan Khas Udara (Paskau) Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM).

Ia disusuli pengisytiharan kemerdekaan selain laungan Merdeka sebanyak tujuh kali.

Hadir sama Menteri Besar Dato' Sri Adnan Yaakob,Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Sri Muhammad Safian Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Peringkat Negeri, Dato' Abu Bakar Harun.

Perarakan sepanjang 500 meter itu bermula jam 9 pagi dengan variasi busana dan gaya yang berjaya memikat perhatian pengunjung selain kehadiran pelbagai jenis kenderaan serta jentera antaranya daripada Angkatan Tentera Malaysia(ATM),Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta motosikal klasik dan berkuasa tinggi.

Turut menarik perhatian pengunjung lintas hormat daripada lima jet pejuang Sukhoi SU 30 dan lima buah jet jenis F18 Hornet yang membuat formasi udara selain penampilan khas

Perarakan berakhir kira-kira jam 11.30 pagi.


Read more »

[KUANTAN] FORUM KEMERDEKAAN DAN AMANAT MERDEKA MENTERI BESAR PAHANG



Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob mengingatkan supaya rakyat menghargai kemerdekaan yang diperolehi daripada Inggeris atas dasar rakyat pelbagai bangsa di Malaysa ketika itu boleh hidup bersama dengan aman.

Dalam Forum Kemerdekaan & Amanat Merdeka, Menteri Besar berkata Inggeris menggenakan syarat agar bangsa Melayu, Cina dan India ketika itu boleh hidup bersama untuk mendapat kemerdekaan.

“Kaum China dan India ketika itu mempunyai pasport Komenwel Inggeris dan selepas diberi peluang memerintah oleh Perikatan sejak 1955, Malaya mendapat kemerdekaan dari Inggeris.”

“Semuanya atas kebijaksanaan pemimpin negara Tunku Abdul  Rahman untuk berunding dengan Inggeris tanpa pertumpahan darah dan kontrak sosial yang dipersetujui antara kaum masa itu untuk memberi kewarganaan kepada kaun Cina dan India sementara hak keistimewaan kaum Melayu terus terpelihara”.

Menurut beliau lagi, kemerdekaan tanpa pertumpahan darah adalah terbaik kerana kita tetap mencapai kemerdekaan tanpa korban nyawa yang boleh mencapai jutaan penduduk untuk sesetengah negara lain di dunia.


         

Read more »

DATUK VIDA 'BUAT HAL' DI BANGKOK


Datuk Vida 'buat hal' di Bangkok


MERIAH! Begitulah gambaran suasana perjalanan pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman ke Bangkok Thailand.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, beliau yang juga dikenali Datuk Seri Vida ke ibu negara gajah putih itu difahamkan atas urusan perniagaan dan peribadi.

Sambil-sambil itu, beliau turut membeli-belah dan 'menjual lagunya' di sana.

"Beli berlian pulak dah. Jangan la marah ye saya kan suka beli benda camni, orang lain suka beli tanah," demikian coretannya.



Dalam pada itu, selepas selesai membeli Datuk Vida turut mengajak semua pekerja di kedai, untuk bersama-sama menyanyi lagu hitnya 'I Want You'.

"Saya dah jadi kawan dah dengan tokey kedai berlian ni. Yang 'butterfly' kat tangan saya tu cantik tak?" kongsinya lagi.

Sumber

Read more »

PENIPUAN GST: SUAMI ISTERI DIDAKWA


asdasd


Ipoh – Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh di sini, hari ini atas 11 pertuduhan membabitkan penipuan tuntutan pulangan balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) bernilai RM745,838.

Pertuduhan terhadap Loo Peng Wah, 50 dan isterinya, Ng Lee Foon, 45, dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim S Indra Nehru.

Peng Wah didakwa atas tujuh pertuduhan membuat catatan palsu dalam penyata GST-03 berhubung cukai input berjumlah RM478,715 dengan niat untuk memperoleh kredit bagi cukai input terhadap cukai output.

Perbuatan itu dilakukan di Stesen Ipoh Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jalan Tun Razak, Ipoh antara Oktober 2015 hingga April 2016.




Lee Foon pula didakwa atas empat kesalahan sama dengan membabitkan tuntutan keseluruhan RM267,123 di lokasi sama antara Disember 2015 hingga Mac 2016.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 89(1)9b) Akta GST 2014 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda maksimum 20 kali ganda jumlah cukai atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Indra Nehru kemudiannya membenarkan Peng Wah diikat jamin RM140,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan manakala, Lee Foon pula diberi jaminan RM80,000 dengan seorang penjamin.

Beliau turut memerintahkan pasport kedua-dua mereka diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di pejabat JKDM berhampiran kediaman setiap bulan. Kes disebut semula pada 4 Oktober ini.


Read more »

PAS TAK TERKEJUT TIADA KERJASAMA DENGAN PAKATAN HARAPAN


Mohd Amar Nik Abdullah


Kota Bharu - Pas menganggap keputusan terlewat Pakatan Harapan di sebalik menagih harapan dalam menentukan kerjasama dengan parti itu tidak mengejutkan mereka.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pendirian Pas untuk tidak bersama dengan Pakatan Harapan sudah lama dimuktamadkan dan bukan perkara baharu.

Menurutnya, bukan soal Pas tidak termakan pujuk dengan usaha pakatan tersebut untuk jalinkan kerjasama tetapi itu memang keputusan parti sejak dahulu dan mereka sedia maklum penyebabnya adalah DAP dan Amanah.

“Pas sejak dari dahulu lagi tiada hasrat bekerjasama dengan Pakatan Harapan, sebelum ada (Tun Dr Mahathir Mohamad) Tun M pun kita dah buat keputusan tidak ada kerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Jadi tidak berbangkit soal Pakatan Harapan buat keputusan (tiada kerjasama) sebab kita dari awal lagi sudah putuskan. Itu kena jelas,” katanya ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Mingguan Exco di Kompleks Kota Darul Naim, semalam.

Setelah isu kerjasama antara Pas dan Pakatan Harapan tidak menemui jalan untuk bersatu, akhirnya pakatan tersebut memutuskan tidak akan bekerjasama dengan parti itu pada PRU14 nanti.

Dalam masa sama, Mohd Amar juga menegaskan sejak tidak lagi bersama dengan DAP dan Pakatan Rakyat terkubur, Pas katanya sudah membuat persiapan kemungkinan berlakunya pertandingan tiga penjuru atau sebaliknya nanti.


Read more »

Wednesday, August 30, 2017

MALAYSIA JUARA KESELURUHAN KL2017, HADIAH MERDEKA





Kuala Lumpur – Atlet negara berjuang sehingga ke titisan darah terakhir demi memastikan gelaran juara keseluruhan temasya Sukan SEA edisi ke-29 milik Malaysia dengan pencapaian gemilang 145 emas, sekali gus memberi hadiah istimewa sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017, esok.

Buruan emas pada hari kemuncak penutupan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) hari ini, menyaksikan atlet negara merangkul lima daripada tujuh emas yang ditawarkan iaitu dua daripada acara terjun dan melabuhkan tirai dengan tiga emas daripada acara luncur ais.

Ini adalah kali kedua Malaysia mengungguli temasya Sukan SEA selepas merangkul 111 emas pada edisi 2001 juga di laman sendiri.

Meskipun menetapkan sasaran sama kali ini, namun atlet negara bangkit bersama dengan semangat juang yang tinggi untuk melepasi sasaran di luar jangkaan.

Melengkapkan persada carta pungutan pingat, Malaysia merangkul 145 emas, 92 perak and 86 gangsa, jauh meninggalkan pencabar terdekat, Thailand dengan 72 emas termasuk ibu segala pingat dalam acara bola sepak iaitu penuruan kilauan emas daripada 95 yang dicatat pada edisi lepas, di Singapura, dua tahun lepas.

Vietnam menduduki tangga ketiga dengan 58 emas, hanya kelebihan satu daripada Singapura disusuli Indonesia dengan 38 emas, Filipina (24), Myanmar (7), Kemboja (3) dan Laos dengan dua butir emas.

Brunei dan Timor Leste melengkapkan penyertaan 11 negara dengan masing-masing membawa pulang lima perak dan lapan gangsa dan tiga gangsa oleh Timor Leste.






Penerjun negara menutup saingan dengan menguasai acara 10m platform seirama lelaki dan wanita di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jali, sekali gus menepati ramalan menypu bersih semua 13 pingat emas yang ditawarkan dalam acara itu.

Gandingan Leong Mun Yee-Traisy Vivien Tukiet tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan emas dalam acara wanita manakala penerjun muda negara, Jellson Jabillin-Hanis Nazirul Jaya Surya, masing-masing berusia 16 tahun, merangkul kejuaraan kali pertama dalam acara lelaki.

Pingat emas acara lelaki itu dimenangi di Singapura oleh penerjun berpengalaman Ooi Tze Liang-Chew Yiwei, yang masih bersama skuad negara tetapi membuka peluang untuk penerjun muda membuktikan kemampuan mereka.

Dalam acara hari terakhir luncur ais, Anja Chong, yang menjuarai acara 500m wanita, sekali lagi menampilkan aksi menarik untuk meraih pingat emas kedua Sukan SEA dalam acara 1,000m manakala rakan senegara, Ashley Chin turut menambah kutipan gangsa.

Kedua-dua peluncur wanita itu turut membantu Nor Marissa Ahmad Lokman dan See Wan Ni memenangi pingat emas acara luncur 3,000m berganti-ganti manakala peluncur lelaki negara turut memenangi emas dalam acara tersebut.

Julian Yee menghadiahkan emas pertama negara dalam sukan tersebut.

Dalam acara angkat berat, Mohamad Fazrul Azrie menutup gelanggang sukan itu dengan sebutir pingat perak dengan angkatan jumlah keseluruhan 323kg termasuk 182kg dalam katgeori clean & jerk, yang turut memadam rekod kebangsaan miliknya 181kg yang dicipta, Mei lepas.

Atlet Thailand, Pornchai Lobsi merangkul emas dengan angkatan jumlah keseluruhan 337kg manakala badang Vietnam, Hoang Tan Tai membawa pulang gangsa dengan catatan 332kg.

Filipina akan menjadi hos Sukan SEA ke-30 pada 2019.


Read more »

IBU BAPA GEMAR SERANG GURU: NUTP


Kamarozaman Abd Razak


Putrajaya - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hari ini mencadangkan kementerian berkaitan bekerjasama mewujudkan kod etika untuk ibu bapa bagi mengelakkan berulangnya kejadian guru diserang.

Usul itu antara cadangan yang dikemuka pada Persidangan Perwakilan Tritahunan NUTP ke-21, di sini.

Mengulas perkara itu kepada pemberita hari ini, Presiden NUTP Kamarozaman Abd Razak berkata, kod etika dilihat semakin perlu berikutan kecenderungan ibu bapa sekarang yang gemar menyerang guru apabila tidak berpuas hati dengan tindakan dikenakan kepada anak mereka.

Ini katanya menyebabkan kebanyakan guru keberatan mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar bermasalah.

"Kadang-kadang isu kecil sahaja, sepatutnya mereka bersikap profesional dan bertemu dengan pengetua dahulu, tetapi mereka terus menyerang guru," katanya.

Beliau yang mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menggubal kod etika itu, berkata kod serupa wujud di kebanyakan negara maju seperti Sweden.

Pada persidangan empat hari sehingga esok itu, 191 perwakilan yang hadir turut membincangkan isu Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) gelombang dua yang kurang difahami guru-guru berikutan penerangan yang kurang jelas.

Justeru, katanya NUTP mencadangkan supaya Jemaah Nazir mengadakan bengkel penerangan di seluruh negara berhubung garis panduan pelaksanaan SKMP gelombang dua itu.

Turut dibangkitkan, waktu persekolahan yang tidak seragam dengan perwakilan meminta semua sekolah mematuhi pekeliling waktu rasmi persekolahan pada 7.40 pagi.

"Ada sekolah yang mula pada 7.15 pagi menyebabkan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah terlalu awal… yang tiba pada jam 6.30 pagi pun ada dan tiada siapa yang menjaga mereka," katanya.

Kamarozaman berkata, persidangan turut membincangakan isu penstrukturan semula Kementerian Pendidikan bagi memberi lebih autoriti kepada jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah (PPD) dalam membuat keputusan.

Katanya, NUTP meminta pihak kementerian memberi penjelasan terperinci mengenai penstrukturan tersebut dan merujuk kepada kesatuan sebelum menstrukturkan sebarang perjawatan terutama di peringkat PPD.

"Kalau boleh, kita mahu perjawatan di PPD disandang oleh guru sendiri dan bukan orang luar kerana guru lebih memahami selok-belok pentadbiran di sekolah," katanya.

Di samping itu, katanya NUTP turut mengambil berat isu kekurangan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah dengan nisbah seorang guru kepada 350 murid bagi sekolah rendah dan seorang guru untuk 500 pelajar bagi sekolah menengah.

"Di sesetengah sekolah, guru biasa dilantik sebagai guru bimbingan jika guru bimbingan dan kaunseling tidak mencukupi. Ini sepatutnya tidak berlaku kerana seorang kaunselor perlu mendapat latihan yang mencukupi bagi menangani pelajar bermasalah," katanya.

Justeru, Kamarozaman berkata, jumlah guru kaunseling di sekolah perlu ditingkatkan kepada 1:200 bagi menghidupkan bidang kaunseling di sekolah.


Read more »

WANITA MENGAMUK, SUAMI MENGGATAL DENGAN PENARI





Berang dengan perangai gatal suami, seorang isteri telah menyerang suaminya di atas pentas ketika lelaki itu cuba menggoda seorang penari wanita yang sedang membuat persembahan di China.

Lelaki itu yang kelihatan mabuk, sempat memegang kaki penari wanita berkenaan dan kemudian merapatkan badan dengan penari itu.

Dia juga merapatkan kepalanya ke dada penari wanita itu.



Beberapa penonton cuba meleraikan mereka namun isterinya enggan melepaskan suaminya malah menjerit di atas pentas persembahan yang diadakan di sebuah kampung.

Pentas hiburan itu bertukar menjadi pentas pergaduhan dan sebaik pertelingkahan itu berlaku, penari wanita tersebut telah `angkat kaki’.

Penonton yang ada di situ sempat merakamkan video dan ketawa melihat kejadian tersebut,

Kebanyakan penari dan penyanyi akan diupah untuk memeriahkan perayaan seperti sambutan hari jadi, ulang tahun dan kelahiran anak namun kebanyakan persembahan tidak sesuai dan adakalanya menjadi lucah.


Read more »

[KUANTAN] HASRAT MILIKI RUMAH TERCAPAI


Hasrat miliki rumah tercapai


Impian 28 keluarga dalam kawasan Dun Lepar di sini untuk memiliki rumah sendiri bakal menjadi kenyataan apabila permohonan mereka di bawah projek Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) diluluskan.

Lebih menggembirakan apabila kerja-kerja pembinaan rumah tersebut bakal dilaksanakan dalam masa terdekat selepas proses menandatangani dokumen perjanjian selesai dilakukan, semalam.

Adun Lepar, Dato' Mohd Shohaimi Jusoh berkata, daripada jumlah pemohon yang menandatangani dokumen perjanjian semalam, 23 adalah pemilik lot tapak rumah di Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Seri Fajar, Gambang fasa ketiga, empat penduduk Paya Bungor dan sebuah keluarga dari Kampung Seri Mahkota yang kehilangan rumah akibat kebakaran tahun lalu.

Menurutnya, secara keseluruhan, sebanyak 9,381 permohonan RMR1M diterima di negeri ini dalam tempoh 2002 hingga Julai tahun ini.

Katanya, daripada jumlah itu, 330 pemohon adalah penduduk kawasan Paya Besar termasuk 28 dari Dun Lepar.

“Secara keseluruhan daripada permohonan itu, 91 RMR1M berjaya disiapkan, 12 masih dalam pembinaan, 43 di peringkat dokumen perjanjian, 72 ditolak dan 112 dalam proses nilai layak.

“Di RTK Seri Fajar Fasa ketiga, kerajaan negeri meluluskan 66 lot untuk penduduk dan proses serahan geran dipercepatkan supaya pemilik lot yang berminat boleh membuat permohonan untuk mendapatkan rumah ini melalui SPNB,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tersebut di Pejabat Dun Lepar di Gambang, di sini, semalam.

Turut hadir Pegawai Perhubungan SPNB Pahang, Ahmad Islanizam A Halim.

Mohd Shohaimi berkata, RMR1M berkeluasan 1,000 kaki persegi mempunyai tiga bilik dan dua bilik air itu ditawarkan pada harga RM65,000 dengan subsidi kerajaan RM20,000.

“Pemohon yang layak hanya membayar kira-kira RM270 sebulan selama 25 tahun dan bayaran bermula selepas proses terima kunci.

“Bagi permohonan dari pemilik Lot di RTK Seri Fajar, proses lantikan kontraktor akan dilakukan pada pertengahan atau hujung September ini sebelum proses pembinaan dimulakan.

“Di kawasan itu, kerajaan sudah menyediakan infrastruktur seperti jalan dan bekalan air bagaimanapun bekalan elektrik dalam proses penyediaan melalui peruntukkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW),” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang berhasrat untuk memohon untuk mendapatkan rumah ini boleh membuat permohonan melalui SPNB negeri bagaimanapun beberapa syarat ditetapkan antaranya, mesti ada tanah sendiri yang sesuai atau mendapat kebenaran pemilik tahan atas tapak yang dicadangkan.


Read more »

KEMALANGAN PADA JUMAAT, MAYAT DITEMUI SELASA


Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk dalam kemalangan itu.


Gerik - Tragis, sedih, memilukan. Katalah apa saja namun pasti tiada kata dapat diungkap selain diselubungi kesedihan apabila ahli keluarga yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ditemui tidak lagi bernyawa.

Lebih memilukan, jenazah mangsa ditemui kira-kira 100 meter di dalam gaung, empat hari selepas mangsa dilaporkan hilang ketika keluar dari rumahnya.

Misteri kehilangan dua lelaki sejak 25 Ogos lalu akhirnya terjawab dengan penemuan dua mayat berhampiran kereta jenis Proton Wira yang terjatuh ke dalam gaung sedalam 100 meter di Kilometer 27, Fasa 2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik - Kupang, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian dipercayai berlaku kita-kira jam 11.00 malam, Jumaat lepas, dua mangsa, Arif Akmal Kamaruzzaman, 20, dan An Pon Ai Pon, 26, ditemukan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi petang semalam.

Menurut beliau, mayat mangsa dijumpai orang awam dan waris mangsa yang melakukan pencarian di sekitar jalan raya di Gerik dan Kelantan.

"Siasatan di tempat kejadian mendapati kereta Proton Wira dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah Gerik ke Kupang.

"Setibanya di tempat kejadian, kenderaan tersebut yang dipercayai dipandu laju terbabas ke kawasan berumput di kiri jalan sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 100 meter.

"Insiden itu menyebabkan Arif Akmal tercampak 50 meter dari kereta itu manakala rakannya tercampak 25 meter. Kedua-duanya disahkan telah meninggal dunia semasa dijumpai," katanya.

Tambah Ismail, anggota bomba berjaya mengeluarkan dan membawa naik jenazah An Pon pada jam 3.30 petang manakala Arif Akmal pula pada jam 5.20 petang.

"Keadaan mayat telah membengkak dan kedua-dua lelaki tersebut dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian sejurus selepas kemalangan berdasarkan keadaan mayat yang tercampak keluar.

"Jenazah dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.


Read more »

[JENGKA] ORANG ASLI DIMINTA GALAK ANAK KE SEKOLAH


Orang Asli diminta galak anak ke sekolah


Masyarakat Orang Asli dinasihatkan perlu sentiasa menggalakkan anak-anak ke sekolah dan menimba ilmu pengetahuan supaya mereka membesar seiring pembangunan negara serta mampu bawa perubahan kepada keluarga.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato' Sri Ismail Mohamed Said berkata, tindakan itu termasuk tidak memaksa atau melibatkan anak-anak untuk membantu mereka bekerja mencari rotan ataupun bekerja di luar.

Menurutnya, Orang Asli tetap menjadi keutamaan dan perhatian kerajaan sebagaimana diberikan terhadap kaum-kaum lain di negara ini.

"Bagaimana pun yang membezakannya adalah Orang Asli itu sendiri yang enggan berubah dan tinggal di kawasan pedalaman serta kurang berpendidikan dan pergaulan.

"Negara sudah 60 tahun merdeka, Orang Asli kena berubah, malah mereka kena mengutamakan pendidikan kepada anak-anak.

"Jika mereka masih mahu berada pada takuk lama, iaitu tidak mahu berubah dan melonjakkan diri serta merebut pelbagai peluang seperti pendidikan, ekonomi dan lain-lain yang disediakan kerajaan, maka selama itulah mereka akan ketinggalan. Tiada orang yang boleh mengubah nasib, melainkan diri sendiri," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata, apa yang penting dan perlu dilakukan oleh ibu bapa Orang Asli adalah mengutamakan pendidikan dan kesihatan anak-anak dan keluarga untuk terus maju dan mampu bersaing dengan masyarakat lain.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Doktor daripada Persatuan Perubatan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HOSHAS) di mana persatuan tersebut mengadakan pemeriksa kesihatan kepada masyarakat Orang Asli di kampung Paya Sendayan Parlimen Kuala Krau, di sini.

Kumpulan 23 doktor dan jururwat itu diketuai Doktor Pakar Dr Ahmad Muhyiddin Mohamed.

Pemeriksaan kesihatan percuma ini dianjurkan bersama Pejabat Perkhidmatan Parlimen Barisan Nasional Kuala Krau dan Pejabat DUN Kerdau yang merupakan julung kali diadakan tahun ini.

Ismail berkata, tiada apa yang hendak disisihkan rakyat pelbagai kaum di negara ini kerana matlamat utama kerajaan BN adalah untuk membangunkan negara serta meningkatkan taraf penghidupan semua rakyat.

Beliau memberi jaminan permintaan penduduk kampung itu untuk membesarkan kawasan kampung dan menambahkan perumahan PPRT akan dipertimbangkan.

Dalam pada itu, beliau turut memuji masyarakat Orang Asli Paya Sendayan yang sentiasa menyokong dan bersama kerajaan sejak dahulu dan kini dan menggesa supaya mereka terus menyokong kerajaan.


Read more »

QARI CILIK TERUJA SERTAI WORLD #QURANHOUR


Qari cilik teruja sertai World #QuranHour


Shah Alam - Beberapa qari cilik tidak sabar membacakan ayat al-Quran pada program World #QuranHour bagi menunjukkan rasa syukur kepada ALLAH SWT yang mengurniakan kemerdekaan buat negara.

Qari paling muda, Abdul Razak Abdul Mubin, 6, berkata, dia gembira dipilih salah seorang daripada 12 qari yang akan membaca al-Quran bersama seluruh rakyat Malaysia pada hari bersejarah itu.

“Seronok dapat baca surah Yasin dengan kawan-kawan lain. Selain itu, saya amat bersyukur kerana dapat tinggal di Malaysia, yang saya anggap seperti negara sendiri,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Fahmi Zulkifly, yang juga peserta program Dai’e musim kali ini berkata, penganjuran #QuranHour ketika sambutan kemerdekaan negara adalah titik permulaan baik bagi mengubah cara negara sambut Hari Kebangsaan.

Menurutnya, aktiviti berbentuk hiburan begitu sinonim dengan sambutan merdeka sebelum ini, tetapi apabila pihak penganjur tampil dengan inisiatif berbeza, ia dilihat satu perubahan positif mendekatkan masyarakat dengan al-Quran.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff berkata, 21 qari muda itu dipilih daripada pelbagai kaum dan latar belakang bagi memberi peluang kepada semua pihak menyertai program bersejarah itu.


Read more »

[BERA] RELA MEMBUJANG DEMI ANAK


Rela membujang demi mak


Kasih seorang anak yang menjaga ibu terlantar sakit akibat kencing manis, darah tinggi dan jantung sejak 10 tahun lalu tidak pernah pudar walaupun dirinya sendiri kurang sihat dan terpaksa mengengsot jika mahu bergerak.

Khadijah Zalapi, 62, juga sanggup membujang bagi memberi tumpuan penuh kepada ibunya, Zaharah Abdullah, 80, yang kini terlantar dan terpaksa memakai lampin pakai buang selain bergantung pada minuman susu sepenuhnya.

Namun, dengan keadaan diri Khadijah sekarang, dia sudah tidak berupaya melakukan semua kerja termasuk mengangkat ibunya untuk dimandikan.

“Dulu bolehlah sikit-sikit, tapi sekarang kena minta tolong adik lelaki saya. Dia tinggal dekat-dekat sini juga. Jam 8.00 pagi dia datang, suntik insulin pada mak, tolong angkat mak letak di beranda kemudian tolong jemur baju. Malam pula, dia datang semula untuk angkat mak masuk dalam pula,” katanya.


Khadijah dan Zaharah menerima kunjungan Mohd Yusoh dan wakil Pejabat Adun Guai di rumahnya.


Menurut Khadijah, memandangkan adiknya sudah mempunyai keluarga sendiri, dia tidak boleh bergantung sepenuhnya pada adiknya itu lebih-lebih lagi adiknya itu juga kurang sihat.

Katanya, dalam keadaan dirinya yang kurang sihat kerana mengidap penyakit yang sama dengan ibunya, dia masih mampu memasak dan mengemas rumah.

“Saya bangun awal, jam 5.00 pagi dah berjaga. Bangun tidur, mesti kemas dulu dalam rumah. Lepas tu, baru ke dapur. Kalau nak ke dapur tu, puas juga nak mengengsot ke sana. Kalau saya mula gerak jam 5.00 pagi, jam 6.30 pagi baru sampai dapur,” katanya.

Memandangkan keadaannya sedemikian, pihak kontraktor yang menguruskan kerja-kerja baik pulih rumah menerusi Program e-Kasih sekitar tahun 2014, telah bermurah hati menyediakan singki, dapur dan rak pada aras rendah bagi memudahkan Khadijah menggunakannya.

Khadijah berkata, bahagian dapur yang diubah dan dialihkan bersebelahan beranda rumahnya itu sekali gus memudahkannya melakukan kerja-kerja di rumah.


Bahagian dapur dipindahkan berdekatan beranda, dan sinki serta dapur diletakkan rendah bagi memudahkan Khadijah Khadijah dan Zaharah menerima kunjungan Mohd Yusoh dan wakil Pejabat Adun Guai di rumahnya. menggunakannya.


“Sejak dah tak boleh berjalan ni, semua benda saya letak dekat-dekat sini saja, dan saya letak tempat rendah supaya mudah capai. Tapi, kalau nak petik suis lampu tu susah sikit lah. Saya guna tongkat atau kayu yang memang ada ni,” katanya.

Menurutnya, dia juga perlu ke hospital sekali sebulan untuk rawatan susulan dan mendapatkan ubat bagi penyakitnya.

Menceritakan keadaan itu, Sinar Harian difahamkan dia terpaksa upah jiran atau penduduk kampung atau minta bantuan adiknya untuk membawanya ke hospital atau klinik.

Katanya, memandangkan dia tidak boleh berjalan, dia perlu menggunakan kerusi roda yang disumbangkan Umno Bahagian Bera beberapa bulan lalu.

“Kalau nak ke hospital, saya tunggu atas tangga. Nampak je sesiapa, saya jerit panggil, minta tolong angkat ke kerusi roda, minta hantar ke hospital. Nak buat macam mana, terpaksa buat muka tak malu,” katanya ketika menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mohd Yusoh Ibrahim dan wakil Pejabat Adun Guai di rumahnya.

Difahamkan, Khadijah menerima bantuan JKM bernilai RM200 dan pusat zakat sebanyak RM300 berupa baucar makanan setiap bulan bagi menampung kehidupan mereka dua beranak.

Terdahulu, pihak Felcra turut menyalurkan sumbangan bagi menyediakan ruang mandi yang lebih selesa, dan dua beranak ini juga menerima bantuan baik pulih rumah menerusi program Touch Point.


Read more »

[JENGKA] SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TABIKA KEMAS MERIAH


Sambutan Hari Kebangsaan Tabika Kemas meriah


Majlis Pra Pelancaran Hari Kebangsaan Tabika Kemas 2017, di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Felda Jengka 3, dimeriahkan dengan simbolik penanaman pokok oleh Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Shamsuddin, baru-baru ini.

Selain itu, program turut diserikan dengan persembahan Anak Anak Tabika Kemas dari 14 Tabika seluruh parlimen di Negeri Pahang dengan kehadiran Pengarah Kemas Pahang, Ahmad Fakrul Radzi serta ketua-ketua Jabatan Daerah Maran.

Pegawai Kemas Daerah Maran, Hamidi Md Piah berkata, menariknya sambutan pra pelancaran Hari Kemerdekaan ini adalah perkongsian Penghayatan Kemerdekaan yang disampaikan oleh Adun Kuala Sentul yang juga Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang itu sendiri.

"Selain itu hadirin turut sama-sama melaungkan kalimat Merdeka sebanyak tiga Kali, sebelum dipersembahkan dengan tarian anak-anak Tabika Kemas.

"Dato' Shahaniza juga membuat simbolik penyerahan Jalur Gemilang kepada kesemua 14 sekolah Kemas Negeri Pahang. Setiap tahun, Kemas melancarkan program pra pelancaran sebagai tanda sokongan terhadap bulan kemerdekaan yang penuh bersejarah ini," katanya.


Guru Tabika Kemas Felda Jengka 1, (belakang kiri) Syurian Mohd dan Noor Hidayah Ali bersama anak anak tabika Kemas Felda Jengka 1


Hadir sama, Penghulu Mukim Chenor (Jengka/Kuala Sentul) Wan Rushdan Wan Muhammed, Pengurus Felda Jengka 3, Razian Hashim dan Pengerusi JKKK Felda Jengka 3, Mat Sulaiman Harun.

Sementara itu, Guru Tabika Kemas Felda Jengka 1, Syurian Mohd dan Noor Hidayah Ali menjelaskan setiap tahun anak-anak tabika dilatih untuk menyempurnakan perbarisan dan gimik pembukaan pada majlis pra pelancaran Hari Kemerdekaan.

Menurut mereka, persiapan pakaian yang dijahit menggunakan Jalur Gemilang bertemakan kemerdekaan, kebanyakannya atas inisiatif ibu bapa.

"Setiap tahun sebelum Ogos kami sebagai guru akan berpesan kepada anak-anak dan ibu bapa penjaga untuk membuat persediaan pakaian. Sekolah biasanya akan anjurkan pertandingan pakaian beragam berasaskan Jalur Gemilang.

"Baik di pihak kami guru-guru mahupun ibu bapa dan penjaga masing-masing tidak kisah untuk berhabis sedikit Duit demi menanam semangat cintakan negara dan penghayatan kemerdekaan terhadap jiwa anak-anak kecil ini. Apatah lagi ia memang bertujuan untuk pendidikan dan demi memupuk nilai-nilai murni pada diri anak-anak," katanya.


Read more »

LPT2 TAWAR REBAT TOL 50 PERATUS


sad


Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT2) menawarkan rebat tol sehingga 50 peratus pada 30 Ogos ini bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan perayaan Hari Raya Aidil Adha.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Azman Ismail berkata, rebat 50 peratus yang ditawarkan buat semua kenderaan kelas satu tersebut adalah hanya untuk transaksi tol menerusi kad Plus Miles, Touch 'n Go dan Smart Tag yang melebihi jarak perjalanan 100 kilometer di LPT2.

“Selain untuk menyambut perayaan, pelaksanaan ini juga adalah sebagai tanda penghargaan atas sokongan pengguna lebuh raya atas inisiatif transaksi tol secara elektronik yang laksanakan oleh LPT2 pada 14 Ogos baru-baru ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Kenderaan Rondaan oleh LPT2 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diadakan di Persada Plus, di sini semalam.

Secara spesifiknya, Azman memaklumkan bahawa pengguna masih perlu membayar tol dengan kadar biasa memandangkan rebat 50 peratus tersebut akan dimasukkan ke kad Plus Miles atau Touch 'n Go dalam bentuk tambah nilai.

Katanya, orang ramai boleh membuat penebusan rebat tersebut di plaza tol LPT2 terpilih atau Pusat Khidmat Pelanggan Plus antara 15 September sehingga 14 Disember ini.

“Jadi pengguna ada masa tiga bulan bulan untuk tebus rebat mereka yang akan diberikan dalam bentuk tambah nilai bersempena dengan tawaran ini,” katanya.

Dalam pada itu, bagi memudahkan polis untuk melaksanakan tugas sepanjang musim perayaan ini, Azman berkata, pihak LPT2 turut menyediakan pejabat untuk unit peronda lebih raya di Plaza Tol Ajil dan Plaza Tol Kijal.

Beliau berkata, LPT2 mempunyai matlamat untuk menyediakan perkhidmatan lebuh raya terbaik agar semua pengguna dapat menikmati perjalanan lebih lancar dan selesa.

“Dengan penyerahan kenderaan rondaan ini, kami percaya ia akan dapat memberikan impak positif terhadap keselamatan dan keselesaan semua pengguna di LPT2 kelak,” katanya.

Dalam majlis terbabit, LPT2 telah menyampaikan dua unit kereta peronda Mitsubishi GT Lancer 2.0L kepada unit EMPV Cawangan Trafik Bukit Aman untuk tujuan rondaan.

Mengulas lanjut mengenai pemberian itu, Azman berkata PDRM memainkan peranan besar dalam membantu menangani isu-isu berkait rapat dengan operasi LPT2 seperti isu pemotongan dan kecurian pagar di lebuh raya ini.

“Selain itu, PDRM juga turut mengadakan operasi pencegahan jenayah, pencegahan vandalisme, operasi bersama mencegah penyalahgunaan lorong kecemasan serta operasi bersepadu dengan agensi penguatkuasaan lain.

“Saya percaya sumbangan ini adalah tepat pada masanya memandangkan LPT2 bakal digunakan oleh puluhan ribu kenderaan menjelang cuti umum nanti,” katanya,

Beliau berkata, pihaknya juga menjangkakan LPT2 bakal mencatatkan peningkatan trafik melebihi 100 peratus pada musim perayaan ini berbanding jumlah kenderaan pada hari-hari biasa.


Read more »

Tuesday, August 29, 2017

SEBAB-SEBAB HARIMAU MUDA BAKAL MENANG MALAM INI





TAK sabar rasanya nak tunggu pertembungan antara dua negara hebat malam ni! Agak-agak pasukan mana yang akan menggenggam pingat emas acara bola sepak bagi temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017?

Pasukan lawan juga bukan calang-calang saingan. Thailand merupakan pasukan yang berjaya membawa balik pingat emas bagi Sukan Sea Singapura 2012 yang lalu. Dapatkan kita merampas gelaran juara itu tahun ini?

Dekat sini, hasil daripada pemerhatian Semuabola, kita akan kongsikan 3 sebab apa yang membuatkan pasukan Harimau Malaya bakal menang ketika menentang skuad Gajah Perang pada malam ini di Stadium Shah Alam.


1. Tandukan berbisa N. Thanabalan



Sejak bermulanya Temasya Sukan SEA ni, nama N. Thanabalan tak pernah lekang dari mulut para peminat bola sepak bagi menamatkan penantian emas sepanjang temasya dijalankan.

Pemain muda berusia 22 tahun yang merupakan salah seorang pemain Felcra FC bukan sahaja hero yang sanggup menggalas tanggungjawab menjaga bapanya yang sakit, malah dia juga hero kepada negara kita.

Mana tidaknya, si minit terakhir semasa perlawanan menentang skuad Garuda tempoh hari, dia berjaya menghadiahkan tandukan panasnya ke pintu gaung pasukan lawan. Ianya membuatkan hasil jaringan gol yang berjaya dihasilkan oleh Thanabalan sepanjang temasya ini ialah sebanyak 4 gol.

Mudah-mudahan malam ini Thanabalan akan memberikan kejutan sekali lagi. Tapi, bukan Thanabalan saja yang kita harapkan, tapi haruslah satu pasukan ini yang menjadi harapan kita semua!


2. Sentuhan berharga Ong Kim Swee


Datuk Ong Kim Swee merupakan salah seorang jurulatih yang licik dalam mengendalikan skuad skuad Harimau Malaya selepas skuad ini diambil alih daripada Datuk K.Rajagopal dan Dollah Salleh.

Beliau sering kali menyusun aksi yang berbeza bagi skuad pengendalian beliau ini. Dengan pengalaman yang ada, Ong Kim Swee sangat lincah untuk membantu anak buahnya ini mencapai kemenangan.

Sekali lagi beliau dapat membawa pasukan negara layak ke perlawanan akhir dan pastinya sebagai tuan rumah, kita semua mahukan pasukan kita menang! Oleh itu, Ong Kim Swee pastinya mempunyi strategi rahsia dan taktik yang berkesan bagi menundukkan Gajah Perang ini dan mereka bakal pulang berputih mata.


3. Pemain No.12



Setiap kali perlawanan bola sepak bermula, pastinya satu stadium akan bergegar dengan laungan semangat penyokong Malaysia. Ultras Malaya, selaku ketua sorak sering menunjukkan sokongan yang padu di stadium.

Kedatangan penyokokng yang membanjir stadium bagaikan roh yang meniup semangat ke dalam badan semua pemain ini.

Walaupun ada kedengaran berita bahawa ada sesetengah Ultras Malaya yang tak dapat hadir malam ini akibat isu tiket, namun diharapkan itu sekadar khabar angin sahaja. Kerana pemain di atas padang semua memerlukan sokongan pemain No.12 ini!

Jadi, apa lagi… Sama-sama kita tunggu debaran selama 9 0minit malam ini di Stadium Shah Alam, ataupun di rumah mahupun di gerai mamak yang membuka big screen bagi menambahkan kehangatan malam ini.


Read more »

HISHAMMUDDIN, ZAMBRY TERIMA ANUGERAH


Hishammudin, Zambry terima anugerah


Kuala Lumpur - Menteri Pertahanan, Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir malam tadi menerima Anugerah Kepimpinan Ikon Jenama Pembangunan Negara BrandLaureate dalam satu majlis di sini.

Hishammuddin menerima Anugerah ‘Brand Influencer Icon’, manakala Zambry pula dianugerahi ‘Game Changer Icon’.

Seorang lagi penerima di bawah kategori itu ialah Pengasas dan Presiden Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing Tan Sri Lim Kok Wing yang menerima Anugerah ‘Unity and Harmony Icon’. 

Sementara itu, isteri perdana menteri kelima, Tun Jeanne Abdullah dianugerahi ‘The BrandLaureate Royal Quintessential Brand Icon Leadership Award’ manakala Pro-Canselor Universiti Malaya Toh Puan Dr Aishah Ong menerima anugerah ‘BrandLaureate Hall of Fame-Lifetime Achievement’.

Anugerah terbabit disampaikan oleh Presiden BrandLaureate Tan Sri Rainer Althoff pada malam gala Anugerah Kepimpinan Ikon Jenama BrandLaureate 2017 di sini.

Dianjurkan oleh Yayasan Jenama Asia Pasifik, anugerah BrandLaureate mengiktiraf pemimpin yang dalam kelasnya tersendiri dan mereka yang memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara serta masyarakat.


Read more »

WORLD #QURANHOUR, MERDEKA #QURANHOUR BAWA MAKNA BESAR


World #QuranHour, Merdeka #QuranHour bawa makna besar


Putrajaya - Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berharap umat Islam menjadikan bacaan al-Quran sebagai budaya seperti akhbar harian.

"Kita mahu lihat al-Quran sentiasa melekat di hati umat Islam, seperti mana setiap individu menjadikan akhbar sebagai bahan bacaan harian,” katanya berhubung penganjuran World #QuranHour dan Merdeka #QuranHour pada 31 Ogos ini.

Menurutnya, kedua-dua program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) itu bakal membawa makna besar, kerana ia bertujuan memberi galakan kepada umat Islam agar sentiasa membaca al-Quran, seterusnya memahami dan mengamalkannya sebagai panduan kehidupan.

“Jakim selaku penaung program World #QuranHour dan Merdeka #QuranHour menyokong penganjuran program ini kerana ia dilihat sebagai satu usaha untuk menyedarkan umat Islam supaya menjadikan amalan membaca al-Quran sebagai satu budaya yang dilakukan setiap hari.

“Malah, kita percaya program ini bukan hanya bakal memberi impak kepada masyarakat Islam supaya membaca, memahami dan menghayati al-Quran, tapi ia turut memberi persepsi betul terhadap amalan membaca al-Quran,” katanya kepada pemberita satu sidang media, semalam.

Pada masa sama, beliau meminta semua masjid dan surau di sekitar Lembah Klang, terutama di Kuala Lumpur supaya terlibat secara langsung dalam program tersebut.

“Saya akan minta kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bagi memastikan masjidmenghantar wakil kariah masing-masing untuk mengimarahkan program Merdeka #QuranHour.

“Sebagai tanda sokongan, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, salah sebuah masjid utama di bawah Jakim turut menganjurkan buat kali kedua program World #QuranHour pada 31 Ogos ini bermula jam 11 pagi,” katanya.

Sementara itu, Pengasas WUI, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, program tersebut tidak hanya mengehadkan penglibatan umat Islam, malah ia turut terbuka kepada orang bukan Islam.


Othman ketika bercakap berhubung World #QuranHour sambil di perhatikan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan WUI, Mahani Yusoff.


\“Sesiapa sahaja yang berminat hadir, kita alu-alukan kerana kedua-dua program ini lebih menumpukan kepada terjemahan ayat al-Quran.

Sepanjang bacaan dijalankan, terjemahannya juga akan dipaparkan menerusi skrin yang kita sediakan.

“Jadi, ia bukan hanya beri kefahaman kepada umat Islam itu sendiri tapi juga bagi mereka yang bukan beragama Islam akan tahu apa sebenarnya dikisahkan di sebalik ayat al-Quran,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf berkata, sehingga Khamis lalu, trending #QuranHour telah mencecah 279 juta hits.

“Alhamdulillah, kalau diikutkan pencapaian ini, berlipat kali ganda daripada penganjuran World #QuranHour tahun lalu.

“Ini membuktikan kesedaran masyarakat terhadap kempen World #QuranHour yang turut didukung oleh semua sinergi media di seluruh negara semakin meningkat,” katanya


Read more »

[KUANTAN] TUNJUK ISYARAT 'PEACE' SELEPAS KEBAS MOTOSIKAL


Tunjuk isyarat 'peace' selepas kebas motosikal


Tindakan pencuri menunjukkan isyarat ‘peace’ semasa mencuri motosikal miliknya di parkir Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas), Semambu, di sini Rabu lalu, di sifatkan biadab dan kurang ajar.

Mohd Fahmi Abdul Hadi, 20, berkata, isyarat tersebut dilihatnya semasa menyaksikan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian bagi mengesan kehilangan motosikalnya. 

Menurutnya, dia menyedari kehilangan motosikal itu pada jam 1 tengah hari ketika ingin pulang ke rumah sewanya di Taman Datuk Rashid, di sini, sebaik saja selesai kuliah.

“Saya terkejut selepas dapati motosikal saya hilang dan meminta bantuan pengawal keselamatan untuk lihat CCTV.

“Apa yang saya paling geram suspek sempat menunjukkan isyarat berkenaan ketika menunggang motosikal sambil keluar dari Polisas,” katanya.

Jelasnya, sebelum kecurian itu berlaku, dua lelaki berpakaian gelap dilihat mundar-mandir di tempat letak motosikal.

“Motosikal saya itu belum lagi tukar nama dibeli pada tahun 2016 dan hutangnya masih lagi ada di bank dan digunakan untuk ulang-alik ke tempat belajar.

“Saya percaya dan tak menolak kemungkinan suspek orang sama yang melakukan dua kes. Ada saksi yang sempat melihat memberitahu suspek pantas melakukan jenayah berkenaan walaupun tayar motosikal ketika itu berkunci,” katanya.

Katanya, sehingga kini, dia masih lagi berusaha mengesan motosikal berkenaan dan percaya suspek masih berada di bandar ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Abdul Aziz Salleh mengesahkan menerima dua laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, polis masih meneruskan siasatan berhubung kehilangan dua motosikal milik mangsa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan.


Read more »

[JERANTUT] CARI IBU KANDUNG


Cari ibu kandung


Pasangan suami isteri yang menetap di Taman Mutiara di sini berharap agar ibu kepada kanak-kanak yang berusia tiga tahun dijaga sejak kecil dapat menampilkan diri bagi membantu mereka memudahkan urusan pengambilan anak angkat kanak-kanak terbabit.

Pasangan tersebut, VK Subramaniam, 52 dan M Letchumy, 37, dikatakan telah menjaga kanak-kanak terbabit yang dinamakan sebagai Bavani sejak kanak-kanak itu baharu berusia beberapa bulan.

Menurut Letchumy, Bavani ditinggalkan ibu kandungnya yang merupakan rakan sekerja Letchumy yang ketika itu bekerja di sebuah kedai berhampiran stesen kereta api, empat tahun lalu.

“Kedai itu sudah tutup dan pemilik kedai serta pekerja masing-masing membawa haluan sendiri termasuklah ibu kandung Bavani.

“Saya diberitahu ibu kandungnya hendak pergi ke Kuala Lumpur dan selepas itu kami terputus hubungan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pejabat Kebajikan Masyarakat, di sini, semalam.

Letchumy berkata, setahun kemudian ibu kandung Bavani menghubunginya semula dan berhajat mahu datang dan menetap di rumahnya.

“Ibu kandung Bavani datang membawa Bavani yang masih kecil. Selama tiga hari ibu Bavani tinggal bersama kami, dia langsung tidak mempedulikan Bavani sebaliknya sayalah yang mengambil berat tentang Bavani ketika itu,” katanya.

Lebih kurang tiga hari ibu kandung dan Bavani menetap di rumah Letchumy, ibu kandung Bavani kemudiannya mengambil keputusan untuk ‘balik’.

“Saya tidak dimaklumkan dia hendak ke mana namun ibu Bavani minta saya jagakan Bavani dan dia berjanji ak datang semula untuk ambil Bavani.

“Namun sehingga kini ibu Bavani masih belum datang ambil Bavani membuatkan saya buat keputusan nak ambilnya sebagai anak angkat secara sah,” katanya.

Tambahnya, tiga bulan selepas menjaga Bavani, Bavani jatuh sakit di mana bahagian perutnya mengeras dan perlu mendapatkan rawatan.

“Saya telah buat laporan polis berkaitan ibu Bavani yang telah meninggalkan Bavani dan kemudiannya bawa dia dapatkan rawatan. Disebabkan sakitnya, Bavani perlu dibedah dan saya telah keluarkan wang sendiri untuk biayai kos rawatan Bavani,” katanya.

Letchumy juga berkata, setahun kemudian dia telah ke Klinik Pakar Wanita Kepong dan Pusat Bersalin Kepong, Kuala Lumpur bagi dapatkan maklumat berkaitan kelahiran Bavani bagi membuat surat beranak.

“Ketika itu barulah saya dimaklumkan ibu Bavani bernama Serli Ndolu, berusia 28 tahun ketika melahirkan Bavani dan warganegara Indonesia.

Letchumy mengharapkan bantuan orang ramai sekiranya mengenali Serli Ndolu untuk menghubungi di talian 019-9761926.


Read more »

FILEM ABANG LONG FADIL 2 'DIROMPAK ' LAGI





SEKALI lagi pihak produksi filem Abang Long Fadil 2 (ALF2) telah membuat laporan polis kerana terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah memuat naik sedutan filem tersebut di media sosial.

Sebelum ini, penerbit ALF2, Datuk Yusof Haslam membuat laporan yang pertama ketika terdapat kebocoran selama 30 minit durasi filem yang telah dimuat naik. Walaupun cuma selama 30 minit, namun ianya boleh memberi impak yang kuat kepada pembikinan filem terbesar ini.




“Mungkin 30 minit itu kita nampak kecil, tapi sebenarnya ia memberi impak besar kepada pembikin filem.Tujuan laporan polis dilakukan untuk memberi peringatan supaya tidak berlaku lagi perkara seumpama ini.”

“Dan kali ini pihak saya dan Astro tidak akan berkompromi lagi, jika terdapat lagi perkara seperti ini kita akan ambil tindakan tegas dan saman,” kata Datuk Yusof.

Walaupun sudah diberikian amaran keras, namun masih ada lagi individu yang tidak mengendahkan amaran yang diberikan.

Menurut sumber dari Astro Gempak, satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar kerana filem ini telah dirompak buat kali kedua serta individu yang memuat naik sedutan filem itu bakal dikenakan tindakan undang-undang.

“Kami memandang serius perkara ini dan laporan polis ini dibuat untuk menyiasat perbuatan tidak bertanggungjawab ini sebelum tindakan undang-undang akan diambil,” katanya kepada pihak media Astro Gempak.

Sumber mengatakan rakaman penuh filem itu dimuat naik di laman YouTube pada jam 8:55 malam dan dilakukan secara tersembunyi.

Yusof sendiri telah menyedari rakaman yang dimuat naik ke laman YouTube ini dan telah memberikan amaran kepada pihak terbabit.

Sekitar jam 9:45 malam, rakaman itu telah pun dipadam dari laman YouTube, namun telah ditonton lebih daripada 100 pengguna.

Tindakan undang-undang yang bakal dikenakan ialah denda sebanyak RM2,000 dan tidak melebihi RM20,000 bagi setiap salinan atau penjara atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali kepada mereka yang melanggar Akta hakcipta 1989 jika disabitkan kesalahan.


Read more »

TOL PERCUMA DI LDP, DISKAUN DI LEBUHRAYA SPRINT


Lebuhraya Sprint, LDP tawar diskaun raya pertama


Kuala Lumpur – Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) sekali lagi menyediakan “hadiah” istimewa sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini apabila mengumumkan laluan tol percuma kepada semua kelas kenderaan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) sepanjang hari 31 Ogos ini. 

Litrak melalui kenyataan hari ini berkata tol percuma itu akan berkuat kuasa selama 24 jam bermula 12 tengah malam 31 Ogos ini hingga tengah malam keesokannya.

Selain itu, Litrak juga mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 20 sen bagi tempoh 24 jam yang sama kepada semua pengguna Lebuhraya Sprint.

“Langkah ini merupakan inisiatif untuk berkongsi kegembiraan,” menurut kenyataan itu merujuk kepada sambutan bagi mengenang sejarah kemerdekaan negara ini.

Litrak adalah pengendali Lebuhraya LDP dan Lebuhraya Sprint.

Menurut kenyataan itu bagi sambutan berkenaan sebanyak 410,642 pengguna Lebuhraya LDP bakal menikmati laluan tol percuma itu membabitkan nilai subsidi RM868,248 manakala 156,357 pengguna SPRINT menikmati diskaun tol sebanyak RM31,071.

Litrak berkata sejak tahun 2010 hingga 2016, pengendali lebuh raya itu memperuntukkan insentif sebanyak RM4.59 juta bagi tol percuma kepda pengguna LDP manakala pengguna Lebuhraya Sprint mendapat diskaun tol sebanyak RM164,706 sempena sambutan 31 Ogos.


Read more »

BENTONG DESTINASI 'FRESH AIR LUNG WASHING' PERTAMA


Bentong destinasi 'Fresh Air Lung Washing' pertama


Bentong yang terkenal dengan destinasi eko pelancongan dinobatkan sebagai destinasi 'Fresh Air Lung Washing' pertama negara.

Daerah itu akan dijadikan hab ekopelancongan terbaik negara yang mampu menarik kedatangan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kementerian akan terus memberi perhatian kepada pelbagai produk pelancongan dan tidak hanya menumpukan kepada produk terkenal sahaja.

Menurutnya, pemilihan Bentong sebagai destinasi 'Fresh Air Lung Washing' atau udara segar membersih paru-paru amat bertepatan kerana kedudukan geografinya di lereng Banjaran Titiwangsa yang menjadikan Bentong sebagai khazanah tidak ternilai untuk negara

"Sekretariat NBOS 'Fresh Air Lung Washing' Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengambil masa enam bulan untuk membangunkan pakej-pakej pelancongan di Bentong.

"Hasilnya Bentong semakin dikenali dalam kalangan pelancong asing terutamanya dari China yang mana lebih daripada 10 bas membawa pelancong dari China mengunjungi Bentong setiap bulan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Bentong sebagai destinasi eko-pelancongan 'Fresh Air Lung Washing' di Dataran Bentong di sini semalam.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Ghafar A. Thambi; Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Mirza Mohd Tayab dan Pegawai Daerah, Datuk Azhar Arshad.

Mohamed Nazri berkata, daerah Bentong yang terkenal dengan halia berkualiti tinggi akan dijadikan penanda aras terhadap usaha-usaha pembangunan destinasi ekopelancongan lain pada masa akan datang.

Menurutnya, kedudukan daerah itu juga amat strategik iaitu sebagai pintu masuk laluan penghubung utama ke negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung dari arah Lembah Kelang.

"Landskapnya yang berbukit bukau dikelilingi hutan hijau yang dihiasi air terjun, gua dan sebagainya meletakkan daerah ini sebagai destinasi buruan bagi pencinta alam dan pelancong yang ingin menikmati udara segar.

"Daerah ini juga amat sinonim dengan penanaman halia berkualiti tinggi dan merupakan syurga bagi penggemar buah-buahan tempatan terutamanya durian Musang King.

"Galeri Bentong pula memaparkan kisah tokoh negara Loke Yew yang menjadikan daerah ini sebagai salah satu pusat operasi perniagaannya," katanya.

Beliau berkata, daerah Bentong juga mempunyai kepelbagaian etnik termasuk Orang Asli yang hidup harmoni dan ini dapat dilihat ketika mengunjungi pasar paginya.

Sementara itu, beliau berharap produk pelancongan 'Fresh Fresh Air Lung Washing' itu mampu menjadikan sektor pelancongan di daerah ini terus berkembang dan menjadi salah satu penggerak utama industri itu di negara ini.


Read more »

share2