Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob
mengingatkan supaya rakyat menghargai kemerdekaan yang diperolehi daripada
Inggeris atas dasar rakyat pelbagai bangsa di Malaysa ketika itu boleh hidup bersama dengan aman.
Dalam Forum Kemerdekaan & Amanat Merdeka, Menteri Besar
berkata Inggeris menggenakan syarat agar bangsa Melayu, Cina dan India ketika
itu boleh hidup bersama untuk mendapat kemerdekaan.
“Kaum China dan India ketika itu mempunyai pasport Komenwel
Inggeris dan selepas diberi peluang memerintah oleh Perikatan sejak 1955,
Malaya mendapat kemerdekaan dari Inggeris.”
“Semuanya atas kebijaksanaan pemimpin negara Tunku
Abdul Rahman untuk berunding dengan
Inggeris tanpa pertumpahan darah dan kontrak sosial yang dipersetujui antara
kaum masa itu untuk memberi kewarganaan kepada kaun Cina dan India sementara
hak keistimewaan kaum Melayu terus terpelihara”.
Menurut beliau lagi, kemerdekaan tanpa pertumpahan darah
adalah terbaik kerana kita tetap mencapai kemerdekaan tanpa korban nyawa yang
boleh mencapai jutaan penduduk untuk sesetengah negara lain di dunia.
0 comments:
Post a Comment