Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 22, 2017

RM80 JUTA BINA 500 RUMAH GENERASI KEDUA FELDA, KESEDAR


Tengku Razaleigh Hamzah


Gua Musang - Kerajaan persekutuan memperuntukkan RM80 juta bagi membina 500 unit rumah bagi generasi kedua Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata peruntukan itu merupakan baki daripada pembinaan 500 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang yang ditangguhkan buat sementara bagi memberi laluan pembinaan rumah generasi kedua Felda dan Kesedar.

“Lagipun kerajaan sudah menyiapkan 1,000 unit rumah PPR di bandar ini yang diagihkan kepada penduduk dan pembinaan baki 500 unit yang dijanjikan sebelum ini ditangguhkan sementara waktu,” katanya selepas menyempurnakan penutupan mesyuarat agung pertama Gabungan Generasi Kedua (G2K) Kesedar di Dewan Paloh 1 di sini, semalam.

Tengku Razaleigh, yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang, berkata pembinaan rumah generasi kedua, yang berbentuk flat dengan pelbagai kemudahan termasuk lif, akan dimulakan sebaik semua urusan berkaitan selesai dan tapak bagi tujuan itu dikenal pasti Kesedar.

Masalah kediaman generasi kedua itu menjadi keutamaan untuk diselesaikan dalam masa terdekat kerana mereka sudah sekian lama hidup menumpang bersama ibu bapa walaupun sudah berumah tangga, katanya.


0 comments:

share2