Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 22, 2017

BAIK BURUK BERGANTUNG PADA DIRI SENDIRI


Baik buruk bergantung pada diri sendiri


Kuala Lumpur - Kepentingan media sosial kepada pelajar tidak dapat dinafikan, khususnya dalam mendapat informasi dan maklumat terkini.

Yang diPertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Universiti Poly -Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM), Nurul Jannah Athirah Zainal berkata, media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dan sebagainya menjadi platform kepada pelajar untuk saling bertukar idea, pandangan serta pelbagai manfaat lain.

Namun, beliau berkata, di samping membawa kebaikan kemudahan teknologi itu juga turut memberi kesan buruk kepada pelajar.

"Setiap apa yang diciptakan itu ada kebaikan dan keburukannya, itu bergantung kepada individu. Begitu juga dengan media sosial itu juga, ada pro dan kontranya.

"Sebagai wakil pelajar dalam MPP, media sosial ini menjadi tempat untuk kami menyampaikan informasi terkini berkaitan aktiviti yang dilakukan. Ini secara tidak langsung

memberi manfaat kepada pelajar," katanya sebagai panel pada Forum Sembang Siswa dengan tajuk 'Media Sosial Renggut Silaturahim' di KUPTM.

Program tersebut merupakan anjuran bersama Sinar Harian dengan KUPTM, menampilkan dua lagi ahli panel iaitu Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed dan Pensyarah Kanan Sekolah Pengajian Kemanusiaan dan Sains Sosial KUPTM, Dr Sharifah Syahirah Syed Sheikh.

Forum itu dikendalikan oleh moderator, Fazrul Radzi Shahrom.

Menurut Nurul Jannah lagi, peranan media sosial itu begitu besar dalam kehidupan pelajar , maka beliau menasihatkan golongan ini untuk bijak menggunakannya ke arah kebaikan bukan sebaliknya.

"Jika terlalu asyik dengan media sosial juga terutamanya sewaktu berada dalam kelas, ini akan melalaikan. Jika digunakan secara positif, maka positiflah ia," katanya.

Tambahnya lagi, media sosial juga berupaya menjadi medium yang boleh 'merapatkan hubungan yang jauh dan merenggangkan yang dekat'.

"Oleh itu, manfaatkan teknologi itu untuk kebaikan, bukan menyalahgunakannya," katanya.


0 comments:

share2