Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 22, 2017

RAKYAT PERLU KERJASAMA TIDAK KIRA FAHAMAN POLITIK


Rakyat perlu kerjasama tidak kira fahaman politik


Rakyat tidak kira parti politik perlu bekerjasama mengutuk serangan rejim Zionis yang secara terang-terangan menutup Masjid Al-Aqsa untuk digunakan oleh umat di Palestin yang jelas menghina agama.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi sifat 'wala' setia perlu ada dalam diri pemimpin walaupun perbezaan fahaman.

"Rejim Zionis sangat kejam dan bertindak sesuka hati menindas umat Islam di Palestin tanpa belas kasihan.

"Dalam usaha membela umat Islam maka kita amat tegas dan mahu perkara ini dihentikan kerana jelas ia secara terang menghina Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis mesra Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, di dataran Rehal di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yakub dan Setiausaha Kerajaan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Dalam perkembangan yang sama, Zahid berkata, sebagai umat Islam, sekatan yang dilakukan Israel terhadap rakyat Islam Palestin yang dibenar solat di dalam masjid Al-Aqsa dan menembak Imam Besar, Sheikh Yusuf Abu Sneina terbabit amat kejam. 

"Oleh itu kita perlu bersatu tanpa mengira fahaman dan latar belakang dalam usaha mengutuk sekeras-sekerasnya tindakan rejim Zionis dan bersatu dalam solidariti mempertahankan umat Islam.


0 comments:

share2