Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 28, 2017

RAYUAN DERMA RAFIZI: DARIPADA DERMA KEPADA PEMFITNAH BAIK BERI ANAK YATIM, BADAN KEBAJIKAN





Kuala Lumpur – “Daripada derma kepada pemfitnah lebih baik derma pada anak yatim atau badan kebajikan… sudah pasti dapat pahala”, demikian menurut Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berhubung tindakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang memohon sumbangan orang ramai bagi mengelakkan dirinya daripada diisytihar muflis berikutan kemungkinan tidak mampu membayar ganti rugi dan kos berkaitan dengan saman fitnah National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Menurut beliau amat memalukan sebelum berbuat demikian ahli parlimen pandan itu tidak pula memikirkan kesan dan natijahnya daripada perbuatan tersebut dan hanya memikirkan keuntungan serta kepentingan politik semata-mata.

“Pandai berak tepi jalan pandai la sapu…ini lain pula jadinya setelah meminta orang lain untuk menjadi tukang sapu najis beliau. Begitulah yang boleh kita katakan dan bukankah beliau beberapa kali dan boleh dianggap antara pemfitnah tegar setelah beberapa kali disabit dan dihukum oleh mahkamah kerana kesalahan memfitnah.

“Kes beliau di atas bukan benda baru…malah tindakannya yang tidak serik-serik melontarkan tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan, khususnya Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, memperlihatkan beliau seorang ahli politik yang tegar menjadikan fitnah sebagai senjata dan modal utama dalam pendekatan politiknya.

“Sewajarnya itu dijadikan pengajaran yang amat bermakna buat beliau sungguh pun Ahli Parlimen Pandan itu masih dalam proses rayuan ke peringkat yang lebih tinggi. Ambillah iktibar dan janganlah mempergunakan orang ramai dalam soal berkenaan,” katanya kepada UMNO-Online, di sni, hari ini.

Dilaporkan, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memohon sumbangan orang ramai bagi mengelakkan dirinya daripada diisytihar muflis berikutan kemungkinan tidak mampu membayar ganti rugi dan kos berkaitan dengan saman fitnah National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

“Beberapa minggu yang lalu, peguam saya menerima surat tuntutan meminta RM300,000 yang perlu dibayar. Jika tidak, mereka mengancam untuk memulakan prosiding kebankrapan terhadap saya. Sebenarnya kes ini sedang melalui rayuan di Mahkamah Rayuan yang telah ditetapkan dalam bulan Oktober 2017.

“Walau bagaimana pun, undang-undang menetapkan saya perlu membayar dahulu kalau pun saya mungkin menang di peringkat rayuan,” katanya dalam satu posting di Facebook semalam.

Shamsul yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO seterusnya menegaskan fitnah merupakan perbuatan yang amat keji kerana ianya bukan sahaja boleh menimbulkan pelbagai persepsi dan pandangan negatif terhadap mereka yang difitnah itu, malah di dalam Islam ianya dilarang sama sekali.

Ini kerana katanya kesan daripada fitnah itu boleh menyebabkan masyarakat ragu-ragu dan paling buruk mangsa dipandang serong oleh rakyat dan akhirnya akan berlaku kesan yang tidak sepatutnya.

“Inilah yang kita mahu sama-sama elakkan. berpolitik ada had dan batasannya dan bukannya boleh sewenang-wenangnya mendedahkan itu dan menyatakan perkara yang belum tahu kesahihannya. Paling penting sebenarnya adalah pandai buat pandaila tanggung,” ujarnya.


0 comments:

share2